Lagu 'Haram" Juara AJL 33


Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33) sudah pun sampai ke kemuncaknya malam tadi (3 Februari 2019) di Axiata Arena, Bukit Jalil dan menyaksikan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Hael Husaini bersama Ezra Kong yang dinyanyikan oleh Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah dinobatkan sebagai pemenang AJL 33.

Menjulang trofi saingan yang disifatkan cukup sengit itu, lagu dendangan Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi. Naib juara dimenangi oleh lagu Bunga nyanyian Ara Johari dan membawa pulang wang tunai RM35,000 dan trofi. Manakala, tempat ketiga disandang oleh lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar yang menawarkan ganjaran wang tunai RM20,000 dan trofi.


Misha juga turut berjaya meraih Vokal Terbaik dan Sufian Suhaimi yang menyampaikan lagu Di Matamu berjaya menambat hati penonton dengan memenangi Anugerah Persembahan Terbaik. Masing-masing Misha dan Sufian membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 dan trofi.


Lagu lain yang bersaing di pentas AJL 33 adalah Semakin (Siti Sarah); Kau Pun Sama (Syamel), Luluh (Khai Bahar), Haqiem Rusli ft Aman Ra (Jatuh Bangun), Amylea & Kaer (Tak Pernah Hilang), Siti Nordiana & Jaclyn Victor (Nisan Cinta), Defam (Bunga) dan Hael Husaini dengan lagu solonya (Hajat).

AJL 33 turut mengekalkan gandingan hos Alif Satar dan Sherry Al Hadad yang sentiasa ceria dan bersahaja dalam mengacara majlis. Di samping itu, acara karpet merah juga berlangsung sebelum AJL 33 dan telah diacarakan oleh Shuk Sahar dan Kaka Azraff.


Persembahan 12 finalis telah diadili 10 juri profesional yang mempunyai latar belakang berbeza dalam industri muzik. Mereka adalah Datuk Mokhzani Ismail, Manan Ngah, Datuk Wah Idris, Ajai, LY, Faizal Uzir (Lok U), Helen Yap, AG Coco dan Adi Priyo. Manakala Azmeer sebagai komposer dan penyanyi bertindak sebagai ketua juri.

AJL 33 turut diserikan dengan persembahan pembukaan dari kumpulan Search, DJ Fuzz dan persembahan interlude dari Sarah Suhairi, Ismail Izzani dan Nabila Razali, Nico, Juzzthin, Balan, Lil' J, Zizi Kirana, Aman Ra, Joe Flizzow, Sonaone dan Alif.


Keputusan AJL 33 :

Juara | Hael Husaini & Dayang Nurfaizah (Haram)

Naib Juara | Ara Johari (Bunga)

Tempat Ketiga | Misha Omar (Sampai Bila)

Vokal Terbaik | Misha Omar (Sampai Bila)

Persembahan Terbaik | Sufian Suhaimi (Di Matamu)


Senarai penyanyi yang bertanding :
  1. Khai Bahar (Luluh) https://www.youtube.com/watch?v=uWc4O27icXU
  2. Haqiem Rusli ft Aman Ra (Jatuh Bangun) https://www.youtube.com/watch?v=KR1-j8uEh5w
  3. Syamel (Kau Pun Sama) https://www.youtube.com/watch?v=e2ghE0KDWbQ
  4. Amylea & Kaer (Tak Pernah Hilang) https://www.youtube.com/watch?v=irgXSD348_A
  5. Hael Husaini (Hajat) https://www.youtube.com/watch?v=e21xhPMsWWg
  6. Siti Nordiana & Jaclyn Victor (Nisan Cinta) https://www.youtube.com/watch?v=o_7WYW2L9rc
  7. Sufian Suhaimi (Di Matamu) https://www.youtube.com/watch?v=Du2gswt7tk0&t=120s
  8.  Defam (Bunga) https://www.youtube.com/watch?v=HtFax97GFZw
  9. Siti Sarah (Semakin) https://www.youtube.com/watch?v=VfanqMVv24s&t=15s
  10. Ara Johari (Bunga) https://www.youtube.com/watch?v=_ql0G3GhP3o
  11. Hael Husaini & Dayang Nurfaizah (Haram) https://www.youtube.com/watch?v=3YGavEDRkvY
  12. Misha Omar (Sampai Bila) https://www.youtube.com/watch?v=NUKu8cFyjO0

Lagu Juara AJL 33 - 'Haram' nyanyian Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
 

Photographer: Yusri Ibrahim
Videographer: Otomen Taro
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

2 comments:

  1. Tak puas hati Ara dpt no 2- klu misha omar/siti sarah/sufian mng ok gak..dah juri yg pilih nk buat camner?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe... Nak buat macam mana... Rezeki berpihak pada Ara.. Tiada siapa yang boleh menidakkan rezeki dari Allah. Dah tertulis dia menang tu..Peace yo!

      Delete