Santai Tengah Hari Bersama Ukay's Di D Aura Cafe & Steamboat

Baru-baru ini sekali lagi Team Propa Rangers menikmati Buffet Makan Tengah hari di D Aura Cafe & Steamboat, Putra Walk, Seri Kembangan bersama Kumpulan Ukay's yang kian meningkat naik di persada tanah air. Menerusi lagunya "I Love You I Miss You" yang telah mendapat tontonan Youtube seramai lebih 11 juta, kami turut bangga dengan pencapaian itu. Dan terus membawa Ukay's untuk bersama menikmati juadah makanan di sini.


Hidangan Selera Melayu Yang Murah dan Enak

D Aura Cafe & Steamboat sudah pun bertapak 2 tahun dan menyajikan konsep makan ala-ala hotel 5 bintang tetapi murah. Pelbagai menu disediakan dari sarapan pagi sehingga makan malam. Kesemua hidangan ini dimasak oleh chef hotel yang berpengalaman dan memang menepati citarasa orang ramai.

Bukan setakat itu sahaja, malah Amy Ukay's juga berpendapat yang lauk-lauk makan tengah hari yang dihidangkan simple tetapi sedap. "Tak perlu nak berat-berat sangat. Cukup dengan hidangan masakan Melayu tempatan, pasti ramai menyukainya".


Selain itu, D Aura Cafe juga ada menyediakan servis lain seperti 
  1. Sambutan birthday / Anniversary
  2. Buffet Sarapan Pagi yang berharga RM22 untuk dewasa dan RM11 untuk kanak-kanak
  3. Buffet Makan Tengah hari yang berharga RM33 untuk dewasa dan RM22 untuk kanak-kanak
  4. Buffet Makan Malam yang berharga RM44 untuk dewasa dan RM22 untuk kanak-kanak
D Aura Cafe juga turut memberikan pelanggan cuci tangan dengan tambahan rekaan seperti
  1. RM99 dekorasi Table Setting
  2. Cake & Belon Helium turut disediakan
  3. PERCUMA Video & Gambar
  4. PERCUMA tulisan pada kek dan lagu 

Meniti lagu "I Love You I Miss You" di setiap bibir peminat, staff D Aura Cafe juga turut menyanyikan lagu tersebut di hadapan kumpulan Ukay's. Team Propa Rangers mengucapkan terima kasih kepada D Aura Cafe & Steamboat kerana sudi menjemput kami dan Kumpulan Ukay's untuk menikmati hidangan yang sedap dan konsep restoran yang selesa dan mewah ini. 

Semoga di tahun 2019 ini, D Aura Cafe & Steamboat memperolehi lebih pelanggan dan penyokong dengan pengalaman yang menyeronokkan.


Bagi yang ingin merasai keenakan masakan di sini, boleh rujuk maklumat yang tertera di bawah:-

Lokasi
C-6-G, Putra Walk, Jalan PP25, Taman Pinggiran Putra, Sek. 2, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Waktu Operasi
8.00 am - 10.30 pm

No Telefon
011 - 1092 3832 

Facebook
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment