Sentuhan Stephen Chow Dalam Filem The New King of Comedy

Kegemilangan filem King of Comedy pada suatu masa dahulu yang pernah ditayangkan pada tahun 1999, kini diteruskan semula dengan filem terbaharu yang bertajuk "The New King of Comedy". Filem arahan dan terbitan Stephen Chow ini bakal ditayangkan pada 5 Februari 2019 bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina.


Sinopsis Filem The New King of Comedy

Dreamy, seorang gadis mengimpikan untuk menjadi seorang bintang filem. Dia telah bekerja keras bertahun-tahun sebagai pelakon tambahan tetapi tidak pernah dapat untuk menjadi pelakon utama. Ayahnya pula telah memberikan tekanan yang kuat, malah ahli keluarganya pula cuba memujuknya untuk berhenti berlakon. Namun, hanya teman lelakinya, Charlie yang sentiasa menyokongnya.

Ketika berada di satu set filem, Dreamy bertemu dengan Marco, seorang pelakon terkenal, tetapi Marco sedang mengalami kegagalan sebagai seorang selebriti dan telah menjadikan dirinya dalam keadaan kemurungan. Dia telah memaksa Dreamy supaya tidak berhenti dan terus berlakon dengan lebih bersemangat. Namun, akhirnya Dreamy tewas dengan kegagalan dalam mengejar impiannya dan berputus asa. Dreamy mengambil keputusan untuk kembali kepada ibu bapanya dan mencari pekerjaan yang lebih baik. Pada masa yang sama, secara tiba-tiba, dia telah mendapat panggilan dan diterima dalam satu audition yang dihadirinya sebelum ini dan mendapat tawaran sebagai pelakon utama dalam filem pertamanya. Dreamy kini terjerat antara impiannya dan realiti... Apakah kesudahannya? 

Pengarah/Penulis
Stephen Chow

Penerbit
Stephen Chow & Y.Y. Kong

Pelakon
Wang Baoqiang, E Jing Wen, Tin Kaiman, Zhang Quandan, Ji Ruyang, Zhang Qi dan Yuan Xingze

Genre
Komedi

Tarikh Tayangan
05 Februari 2019

 

Kisah Di Sebalik Impian Seorang Gadis Menjadi Pelakon Terkenal

Menurut Stephen Chow, filem baharu ini dihasilkan dengan tema untuk memberi inspirasi kepada pelakon tambahan dan akhirnya berjaya menjadi pelakon terkenal. Menerusi filem ini, Stephen Chow menerapkan falsafah "Bekerja Keras Untuk Berjaya" atau lebih dikenali "Usaha Tangga Kejayaan", biarpun terdapat halangan dan rintangan yang datang.

Selain itu, terdapat juga sebahagian babak yang memberikan gambaran tentang kehidupan dan kerjaya Stephen dalam 20 tahun terakhir ini dan berharap ia memberi inspirasi kepada penonton.

 

E Jing Wen yang memegang watak sebagai Dreamy merasa terkejut apabila mendapat tawaran membintangi filem berkenaan. Mengenai wataknya dalam filem ini, dia menyatakan terdapat beberapa persamaan antara dirinya dengan karakter yang dibawakannya.

Dalam pada itu juga, E Jing Wen menyatakan sepanjang bergelar sebagai pelakon, dia tidak pernah berputus asa untuk mencapai impiannya menjadi pelakon terkenal dan berasa amat gembira dengan peluang berlakon di bawah arahan Stephen Chow itu. 

Kesimpulannya, filem The New King of Comedy ini berjaya memaparkan nilai-nilai rajin berusaha tanpa mengenal erti jemu demi mengejar cita-citanya. Jangan lupa kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen serta pendapat anda terhadap filem ini selepas anda menontonnya. Semoga anda terhibur menonton filem ini nanti!

Saksikan Trailer Filem The New King of Comedy Di Sini!


Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment