The Mirza, Duo Kembar Malaysia Memilih Berkarya di Indonesia


The Mirza, sebuah kumpulan penyanyi kembar/duo, Zaf dan Syaf yang kini berusia 20 tahun kemungkinan masih belum terbiasa meniti di bibir khalayak seni tanah air. Dua sosok pembawa single, Lelah Mengalah ini berawal dengan memahat tapak sekali gus menjulang populariti di Indonesia terutama di Jakarta serta Bandung pada awal tahun ini.

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini, The Mirza ditubuhkan sekitara tahun 2017 menerusi nama dua adik-beradik (Norzafira Mirza Mohd. Rafiq dan Norsyafira Mirza Mohd. Rafiq) dan diterima peminat muzik bergenre pop R&B di negara seberang sehingga di anggap mempunyai ciri tersendiri berbanding penyanyi sedia ada lain.


Dua beradik ini mula dikenali melalui platform atau media sosial seperti Youtube, Instagram dan Twitter apabila seringkali memuat naik video nyanyian merdu saduran termasuk lagu biduanita negara, Saloma yang telah meraih minat warga Internet beberapa bulan lalu. Dan tiada yang lebih membanggakan apabila muzik video Lelah Mengalah berjaya meraih sebanyak 3.5 juta tontonan  di laman Youtube setelah dimuatnaik sejak tiga bulan lalu.

Berkongsi perjalanan The Mirza, kedua-dua anak kelahiran Kuala Lumpur ini mengaku agak mudah untuk meloloskan diri ke persada hiburan Indonesia termasuk mengadakan siri jelajah persembahan di pelbagai pelosok daerah di sana disebabkan mereka adalah satu-satunya pasangan kembar yang memiliki wajah seiras. Di negara seberang itu, mereka bernaunug di bawah label rekod 18 Musik Indonesia.


Menurut The Mirza, semuanya bermula ketika mereka ingin membuat single pertama, Telah Berubah. Mereka juga sangat meminati lagu-lagu ciptaan komposer popular Indonesia, Tengku Shafick. Kemudian, diikuti dengan lagu Jatuh-Jatuh Cinta (Ilham Irawan Basso). Lantaran itu, kami berasa tiada salah jika mahu terus berkarya di negara seberang tambahan pula belum ada konsep artis duo/kembar di sana.

Usai itu, The Mirza meneruskan lagi langkah dengan menghadirkan single ketiga - Lelah Mengalah yang mana ia adalah gubahan penyanyi dan pencipta lagu, Ratna Koin. Proses rakaman dijalankan sekitar November tahun lalu di studio 18 Musik di Jakarta dan direkod hanya sehari tanpa berdepan kesulitan. 


Lirik Lagu Lelah Mengalah
The Mirza

Dulu ku tak tahu
Kalau cintamu kau bagi dua
Dulu ku tak tahu
Kalau kau sudah ada yang punya
Kini ku mengerti
Betapa sakitnya hati ini
Kini ku sadari
Telah lama ku dikhianati

Lelah hati ini
Lelah hidup denganmu
Walau ku terlanjur sayang pada dirimu
Namun ku sesali semuanya ku sesali
Untung saja aku tak sampai bunuh diri

Lelah ku mengalah
Lelah memendam rasa
Luka hati ini tak dapat terobati
Telah sekian lama hidup bersandiwara
Biar ku mengalah asal engkau bahagia

Dulu ku tak tahu
Kalau cintamu kau bagi dua
Dulu ku tak tahu
Kalau kau sudah ada yang punya

Lelah hati ini
Lelah hidup denganmu
Walau ku terlanjur sayang pada dirimu
Namun ku sesali semuanya ku sesali
Untung saja aku tak sampai bunuh diri

Lelah ku mengalah
Lelah memendam rasa
Luka hati… 

Lagu ini mengisahkan individu yang sudah penat mengalah dalam kehidupan selepas acapkali bertolak-ansur dalam pelbagai hal. Walaupun ia bergenre Pop Melayu, namun mereka berjaya menghayati bait melodi dan liriknya dengan baik.

Promosi single ini kian rancak dijalankan di Malaysia dan diuruskan sepenuhnya oleh syarikat pengurusan bakat/acara, SukaSucre Creative (SSC) kepunyaan chef selebriti dan penyanyi popular, Dato' Fazley Yaakob.


Video Muzik Lelah Mengalah boleh ditonton di laman Youtube (18 Musik) menerusi pautan https://youtu.be/0mlcsdecMYk. Video muzik ini juga telah dijalankan di Pulau Indah, Pelabuhan Klang sekitar hujung tahun lalu dan mengambil masa hanya sehari.

Bagi yang ingin mengikuti perkembangan terbaharu The Mirza, boleh layari media sosial di bawah

Instagram

The Mirza yang juga mendambakan penyanyi terkenal Indonesia, Judika berkongsi selaut luas ekspektasi di mana mereka berharap agar peminat terus menyokong karya seni The Mirza baik di Indonesia mahupun Malaysia. Semoga impian melebarkan sayap ke negara lain menjadi kenyataan selang lima tahun akan datang.
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment