Tonton The LEGO Movie 2: The Second Part Di LEGO City 4D Movie

LEGOLAND Malaysia Resort telah mengumumkan satu jenama baharu yang sangat menarik untuk rasai pengalaman menonton LEGO 4D Movie di LEGO City 4D Movie - Officer in Pursuit! yang akan melibatkan seluruh keluarga dan rakan-rakan rasai pengalaman menarik itu bermula 24 Januari 2019.


Peminat berpeluang menonton bagaimana LEGO City Policeman mengejar penjahat nakal melalui jalan-jalan  dan bangunan yang tinggi-tinggi di sebuah bandar metropolis. Ia diperkemaskan lagi dengan kesan 4D seperti bursts of bubbles, strong winds dan semburan air, pasti memberikan lagi rasa pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika berada di alam semesta LEGO.

Menambah keseronokan lagi dari LEGO City 4D Movie, LEGOLAND juga telah menjadi tuan rumah kepada LEGO Movie Event Days bersempena dengan pelancaran The LEGO Movie 2: The Second Part. Pengunjung berpeluang mengembalikan detik-detik perasaan dari francais LEGO Movie kegemaran mereka.

Selain itu, pada hari LEGO Movie Event Days, taman-taman akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan di mana para pengunjung benar-benar boleh berhubung dengan watak kegemaran mereka dari filem itu seperti:

"The LEGO Movie" Scavenger Hunt
Wyldstyle, MetalBeard, Unikitty dan Benny telah kehilangan jalan dan Emmet memerlukan bantuan untuk mencari rakan-rakannya di Miniland.

"The LEGO Movie" Mystery Mosaic
Para pengunjung akan bekerja bersama bagi membantu membina LEGO mosaic misteri sepanjang hujung minggu.

Character Meet and Greet Session
Bertemu Emmet, Wyldstyle dan watak baru yang dapat ditemui dari filem dalam sesi Meet & Greet.
 
LEGO Movie Building Activity
Bina kapal angkasa dan melarikan diri dari Alien Invaders yang menyerang Bricksburg. The master builder akan memenangi koleksi eksklusif dari filem itu.


Tonton The LEGO Movie 2: The Second Part

Baru-baru ini, Team Propa Rangers berpeluang menonton filem The LEGO Movie 2: The Second Part di TGV 1Utama, Petaling Jaya. Perasaan pertama kali menonton filem itu memang sangat menarik dan menghiburkan. Ia sebuah filem animasi yang memberi nilai positif kepada penonton untuk menjadi diri sendiri tanpa mendengar kata orang luar. Selain itu, dalam filem ini juga mengajar kita sikap keberanian yang ditunjukkan Emmet menyelesaikan persengketaan bagi menyelamatkan rakan-rakannya. 


Sinopsis The LEGO Movie 2: The Second Part

Warga Bricksburg menghadapi ancaman baru yang berbahaya ketika LEGO DUPLO, penceroboh dari angkasa lepas mulai menghancurkan segala sesuatu di setiap jalan mereka. Pertempuran untuk mengalahkan musuh dan memulihkan keharmonian kepada alam semesta LEGO telah membawa Emmet, Lucy, Batman dan kawan-kawannya pergi jauh ke dunia yang belum dijelajahi, yang menguji keberanian dan kreativiti mereka.
Genre 
Animasi, Komedi, Fiction, Ilmiah

Pengarah
Mike Mitchell, Trisha Gum

Penerbit
Dan Lin, Phil Lord, Christopher Miller,  Roy Lee

Penulis
Phil Lord, Christopher Miller, Raphael Bob-Waksberg, Michelle Morgan

Pereka Cerita
Phil Lord, Christopher Miller

Adaptasi Dari
Watak LEGO ciptaan Dan Hageman, Kevin Hageman, Phil Lord, Christopher Miller, Lego Construction Toys

Pelakon Suara
Chris Pratt, Elizabeth Banks, Will Arnett, Tiffany Haddish, Nick Offerman, Alison Brie, Charlie Day, Stephanie Beatriz
 
Terbitan
Warner Animation Group, Lego System A/S, Vertigo Entertainment, Rideback, Lord Miller Productions, Animal Logic

Pengedar 
Warner Bros. Pictures

Tarikh Tayangan
7 Februari 2019 


Review The LEGO Movie 2 - Apa Kata Penonton?

 

Untuk maklumat lanjut mengenai LEGOLAND dan LEGO City 4D Movie, boleh layari laman sesawang di bawah:

Website

Facebook

Instagram
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment