Konsert Laksamana Metal 2019 Dua Generasi - Wings X Bunkface

Kumpulan Wings akan muncul dengan konsert perdana buat tahun 2019 ini yang mana mereka tidak akan tampil sendiri, sebaliknya mempelawa kumpulan darah muda, Bunkface untuk berada bersama-sama dalam satu pentas. 


Kumpulan Wings yang dianggotai Dato' Awie, Sham, Black, Eddie dan Edrie Hashim bakal tampil bersama Sam, Youk dan Paan dari Bunkface dalam sebuah konsert yang diberi nama Konsert Laksamana Metal 2019 Dua Generasi, Wings X Bunkface. Dikenali dengan Konsert Laksamana Metal kerana menurut Dato' Awie, mereka ini semua adalah pejuang dah pahlawan seni yang memperjuangkan karya seni mereka kepada semua.

Dalam sidang media pada 13 Mac 2019 lalu, konsert ini bakal dilaksanakan pada 4 Mei 2019 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula dari jam 8.45 malam dan berdurasi 2 jam ini mempunyai objektif tersendiri.


Setelah berkecimpung lebih kurang 34 tahun (1985-2019) berada dalam industri, ternyata Wings sebagai salah sebuah kumpulan lagenda tidak mampu diganggu gugat. Saban tahun muncul dengan konsert, Wings akan terus mengorak langkah mengukir nama dan sejarah tersendiri ke arah 35 tahun kegemilangan muzik mereka.

Menurut WIngs, konsert ini dilaksanakan sebagai salah satu perancangan "Journey To 2020" atau "Journey To 35th Years Anniversary" dan mereka bakal muncul dengan beberapa rangkaian konsert. Konsert-konsert yang akan dilaksanakan di seluruh Malaysia dan akan menyaksikan kolaborasi Wings dengan beberapa kumpulan terkenal Malaysia dan untuk yang pertama kali ini bermula dengan Bunkface.


Konsert yang dianjurkan oleh Awie Entertainment ini merupakan permulaan perjalanan Wings ke arah sambutan penubuhan mereka selama 35 tahun di persada muzik tanah air. Mempelawa Bunkface berada di atas satu pentas bersama mereka, konsert kali ini turut meraikan penubuhan 12 tahun Bunkface dalam dunia seni yang kini sudah mempunyai lima buah album studio.

Gabungan muzik rock dan punk akan disaksikan dalam konsert ini dan mereka akan muncul dengan lagu duet buat para peminat mereka.

"Konsert ini merupakan siri pertama perjalanan Konsert Wings ke arah 35 tahun dan rangkaian konsert lain akan disertai band-band Malaysia yang ternama di lokasi yang berlainan," ujar Dato' Awie.

Malah ujar Sam yang mewakili Bunkface, "Menjadi satu penghormatan buat kami apabila abang-abang Wings mengajak kami membuat persembahan di atas satu pentas dan satu konsert. Kami terima pelawaan ini dengan senang hati dan terharu."


Menariknya lagi, penjualan tiket untuk konsert ini akan dijual secara manual dan tidak menggunakan sebarang agen tiket online. Tiket boleh didapati dengan harga standard RM150 (berdiri) manakala RM450 (duduk) untuk pembeli tiket yang dapat menyaksikan sesi soundcheck (sehari sebelum konsert), beserta jamuan ringan dan merchandise. Malahan 1000 pembeli pertama berpeluang mendapat merchandise istimewa.


Memandangkan tiket-tiket dijual secara manual, terdapat dua cara membeli tiket iaitu sistem booking atau pembelian terus di kaunter.

Cara Pembelian Tiket:-

Tempah tiket dengan agen Sayap-Sayap Wings yang akan berada semasa jelajah konvoi motorsikal di beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia.


22 hingga 24 Mac 2019     Tour Filem Bikers Kental 2
13 April 2019                     Phuket Bike Week
20 April 2019                     Magnum Opus 40 Tahun M.Nasir, Auditorium DBKL, Jln Raja Laut
27 April 2019                     Art of Speed, Pinewood, Studio Iskandar, Nusajaya, Johor
30 April 2019                     Konsert Baik Punya Cilok, Kedah

Semua tiket dijual secara manual dan untuk yang memesan pada Sayap-Sayap Wings, sila redeem di kaunter tiket pada 1 Mei hingga 4 Mei 2019.

Kaunter PENEBUSAN dan PEMBELIAN tiket akan dibuka mulai:
1 Mei 2019                        12 tengah hari hingga 6 petang
2 Mei 2019                        12 tengah hari hingga 6 petang
3 Mei 2019                        10 pagi hingga 8 malam
4 Mei 2019                        10 pagi hingga 6 petang - untuk penebusan tiket
                                           10 pagi hingga konsert bermula - untuk pembelian tiket

Tiket dijual oleh Awie Entertainment melalui agen-agen yang dilantik.


 Untuk keterangan lanjut mengenai konsert dan pembelian tiket boleh rujuk di laman sosial Wings

Instagram

Facebook
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

2 comments:

  1. fav rockstar liez pun ada...Awieeeee
    ni kalau husband liez tahu ni mmg dia nak sangat la g konsert macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lupa saksikan konsert 4 Mei ini.. Hehe..

      Delete