Review Filem Tiada Tajuk

Selepas lima tahun telemovie arahan Asmawi Ani berjudul Rock Sangkut mendapat sambutan yang menggalakkan ketika ditayangkan di Astro pada tahun 2014, kini juara Akademi Fantasia 3 (AF 3) itu muncul dengan filem sulung berjudul "Tiada Tajuk" terbitan Mawi World Entertainment.


Filem Tiada Tajuk : Cita-Cita Tiga Sekawan Jadi Penyanyi Terkenal

Filem sulung arahan Mawi merupakan kesinambungan dan diolah semula menerusi telemovie Rock Sangkut yang turut mengekalkan teraju utamanya iaitu Hazama, Along Cham dan Joey Daud. Menurut Mawi, Jika diikutkan impiannya untuk menerbitkan filem sendiri kira-kira lima tahun dulu. Walau bagaimanapun, beliau mengutip dahulu pengalaman dengan menghasilkan beberapa buah drama dan telemovie sehinggalah mengambil keputusan untuk mengarah filem.

Selain mengekalkan ketiga-tiga teraju utama tersebut, Mawi juga turut berlakon dalam filem berkenaan dan bergandingan dengan Anas Tahir. Antara pelakon lain yang turut membintangi filem adalah Ropie, Kamarul Hj Yusof, Amirah Othman dan Johan As'ari. Penggambaran filem telah berlangsung selama 30 hari di beberapa buah lokasi seperti di Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. 


Sinopsis Filem Tiada Tajuk

Tiada Tajuk mengisahkan mengenai tiga orang sahabat dari kampung, dianggap sebagai 'kutu' yang mana bercita-cita untuk menjadi artis terkenal.

Ternyata banyak dugaan yang dilalui mereka sepanjang perjalanan untuk bergelar artis. Persoalannya, Adakah mereka akan berjaya untuk menjadi artis terkenal? Dan apa yang mereka lalui bilamana mereka terkenal?

Filem sulung arahan Mawi dan terbitan Mawi World Entertainment ini bakal ditayangkan di pawagam pada 4 APRIL 2019.

Barisan Pelakon

Hazama : Abadi
Joey Daud : Rumi 
Along Cham : Kuswadi
Mawi : Suci
Anas Tahir : Tohir
Ropie : Pak Imam
Kamarul Hj Yusof : Ustaz Mut
Achey : Wak Calit
Amira Othman : Cahaya
Johan As'ari : Ustaz Halim
Soya : Tabib
Din Maideen : Pak Mat Besi

Pengarah
Asmawi bin Ani (Mawi)

Penerbit
Asmawi bin Ani
Nora' Asikin bt Rahmat
Nora'Ain bt Rahmat

Poster
Kuku Besi

Muzik
Oja

Cerita/Lakon Layar
Mawi

Pengarah Fotografi
Che Mie

Pengarah Seni
John

Penyunting
Adam

Pembantu Pengarah
Zali Salim Bachik

Pengurus Produksi
Mohd Nasir Ismail

Genre
Komedi

Tarikh Tayangan
4 April 2019


Ulasan Filem Tiada Tajuk

Alhamdulillah.... Bersyukur kehadrat Ilahi kerana Portal Propa Rangers telah dijemput menghadiri Tayangan Perdana Filem Tiada Tajuk yang bertempat di MMCineplexes, eCurve Mutiara Damansara. Bila bercakap mengenai filem tempatan, kami berasa bangga kerana sudah ramai anak tempatan yang berani menceburkan diri dalam dunia seni untuk ke persada yang lebih tinggi. Namun, hakikatnya, ia bukanlah mudah dan memerlukan ketekunan dan pembelajaran dari pengalaman otai terdahulu.

Seperti yang kita lihat, Mawi mengambil masa lima tahun untuk menyiapkan karya filem sulungnya kepada dunia luar agar diterima masyarakat bagi mendapat sambutan yang menggalakkan untuk meneruskan legasi seterusnya. Memang ia bukan satu perkara mudah tetapi ia akan menjadi senang bila mempunyai impian dan pengalaman yang ada.

Mawi juga ada memberitahu, Sewaktu menghasilkan skrip filem Tiada Tajuk ini, ia berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tidak meletakkan harapan terlalu tinggi serta hanya sekadar menghiburkan para penonton untuk menerima naskhah sulungnya ini.


Ketika babak pertama ditayangkan, kami merasakan agak sedikit lambat perjalanan ceritanya. Plot permulaan yang mulanya kami hanya kaku memerhati adegan seterusnya. Namun, kemunculan watak Abadi yang sedang berbual dengan seekor ayam membuatkan penonton tersenyum apabila Lobo yang sebenarnya membuat suara ayam itu di sebalik dinding pondok. Dari situ, plot penceritaan mula berkembang dari satu adegan ke adegan seterusnya. Kemunculan watak Kuswadi lakonan Along Cham seperti yang tidak terjangkau apabila melihat lakonannya sebagai "Lelaki Lembut" tetapi punya jiwa dan hati yang kental untuk bergelar artis terkenal.

Memang tidak dinafikan Filem Tiada Tajuk adalah sebuah filem komedi yang menghiburkan. Namun, di sebalik penceritaan lawak itu, penonton akan dapat mengenal diri sendiri setelah menonton sehingga ke akhir. Segala unsur-unsur nasihat dan agama diselitkan mengikut peredaran kehidupan dunia realiti hari ini seperti penggunaan pelbagai tanda pagar (#hashtag) pada media sosial yang dapat kita lihat.


Latar tempat dan masa yang dipilih memang begitu menarik dan mempesonakan. Siapa kata Malaysia tidak punya tempat-tempat yang indah seperti filem Hollywood. Dalam setiap filem tempatan yang kami pernah saksikan termasuk Filem Tiada Tajuk ini sendiri dah menunjukkan latar tempat yang digunakan cukup cantik buat kita rakyat Malaysia bangga dengan keindahan ciptaan Allah.


Bagi kami, Filem Tiada Tajuk ini sememangnya memberikan satu keinsafan dan mengenal diri kita melalui jalan ceritanya yang mengusik hati dan jiwa walaupun terselit lawak-lawak spontan. Penonton pasti akan menyukai filem ini kerana Mawi mampu memberikan satu genre yang sangat baik iaitu menekankan aspek agama yang rata-rata hari ini ramai memandang enteng terhadapnya. Unsur lawak yang diselitkan itu juga menunjukkan filem ini tidak terlalu berat untuk dibawa. Memadai seperti yang diperkatakan Mawi, ia hanyalah sekadar hiburan kepada penonton untuk menerima naskhah sulungnya ini.


Propa Rangers mengucapkan tahniah kepada seluruh pasukan produksi serta para pelakon yang terlibat dalam menjayakan filem Tiada Tajuk ini. Filem Tiada Tajuk sememangnya wajib ditonton oleh semua lapisan masyarakat tidak kira peringkat umur dan latar belakang.

Selain itu, anda yang telah menonton filem ini juga berpeluang memenangi hadiah menarik yang disertakan melalui peraduan yang dianjurkan. Jadi, pada tarikh 4 April 2019, kami mengharapkan kepada semua untuk memberikan sokongan kepada filem tempatan ini dengan pergi menontonnya di pawagam berdekatan anda dan ikuti langkah di bawah untuk menangi hadiah tersebut.


Filem Tiada Tajuk adalah sebuah filem yang patut diberi pujian dan dipromosi kepada semua agar filem ini mampu mendapat kenikmatan yang hebat dari orang ramai. Jangan lupa kongsikan artikel ini di laman sosial anda dan tinggalkan komen terhadap filem ini selepas anda menontonnya. Selamat Menonton!
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment