Samsung Galaxy A50 dan Galaxy A30 Kini Berada di Pasaran Malaysia Dengan Lebih Trendy & Versatile

Teknologi hari ini semakin pesat membangun. Baru sahaja Samsung melancarkan siri peranti mercu terbaru mereka, Samsung Galaxy S10, S10+ dan S10e yang hadir dengan spesifikasi dan ciri-ciri berkuasa tinggi dengan harga yang cukup premium. 

Baru-baru ini, sekali lagi Samsung menganjurkan satu parti 'Era of Live' yang sangat epik untuk melancarkan siri telefon pintar Samsung Galaxy A50 dan Samsung Galaxy A30 yang mempunyai reka bentuk, spesifikasi dan harga yang membawa inovasi kepada pengguna sekarang terutama pengguna milenium dan Generasi Z.


Samsung Galaxy A50 dan Samsung Galaxy A30 dibawakan ke Malaysia bagi membantu golongan muda yang kini sedang berlumba-lumba untuk memiliki telefon pintar dengan ciri-ciri yang terbaik sebagai gaya hidup mereka yang trendy.

Samsung Galaxy A50

Samsung Galaxy A50 merupakan spesifikasi paling tinggi dalam kalangan duo smartphone itu. Ia dilengkapi dengan paparan Super AMOLED 16.21cm (6.4") FHD dengan penggunaan skrin Infinity-U Advanced.
 

Pada bahagian belakang paparan itu, terdapat pengimbas cap jari yang dibina di sebalik panel itu. Menurut Samsung lagi, material yang digunakan untuk badan telefon itu adalah 3D Glasstic. Samsung Galaxy A50 juga dilengkapi dengan kamera tiga kali bersama spesifikasi teknikal seperti:
  • Kamera 1 : 25MP F1.7
  • Kamera 2 : 5MP F2.2
  • Kamera 3 : 8MP F2.2

Samsung Galaxy A30


Melihatkan dari sudut fizikal, Samsung Galaxy A30 mempunyai kesamaan seperti Galaxy A50. Namun, terdapat sedikit perbezaan di antara dua bahagian ini. Galaxy A30 dikuasakan dengan dwikamera belakang yang terdapat 16MP F1.7 yang digandingkan dengan kamera 5MP F2.2. Bagi kamera selfie, ia dilengkapi dengan kamera 16MP F2.0. Galaxy A30 juga turut dilengkapi dengan pengimbas cap jari yang terletak di belakang telefon dan bukannya di sebalik paparan skrin seperti Galaxy A50.


Samsung Galaxy A50 dan Galaxy A30 mempunyai kemudahan bateri yang berkuasa tahan lama dengan kapasiti 4,000mAh dan sokongan pengisian pantas (fast charging). Kamera pada kedua-dua model ini terdiri daripada lensa ultra-lebar 123 darjah yang boleh menangkap video bersaiz luas dan hidup dengan cara mata turut melihatnya. Ia turut dilengkapi dengan ciri pengoptimum sesuatu kawasan secara automatik dengan mengenali dan meningkatkan foto melalui penggunaan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) untuk menghasilkan gambar terbaik.

Pada bahagian keranti utama, kedua-dua telefon pintar ini diberikan CPU dekateras yang dipercayai Exynos 7914 dengan RAM sehingga 4GB serta storan 64GB. Storan juga boleh diperluaskan sehingga 512GB melalui slot hibrid.



Dengan memiliki siri yang terbaik, Samsung bersedia mencetuskan 'Era of Live' baharu dalam usaha untuk menakluk dunia dengan visual, interaksi dan pengalaman masa nyata. Ia bertujuan memberikan pendedahan kepada rakyat Malaysia melalui kerjasama yang terdapat pada kandungan telefon pintar yang unik dengan E! Rangkaian Televisyen Media Prima, sebuah platform digital pertama yang menyediakan E! Berita edisi tempatan. 

Samsung juga turut memperkenalkan duta muda dalam mewujudkan inspirasi gaya hidup yang positif dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan menghiburkan yang diberi gelaran A-Squad. Pasukan A-Squad itu terdiri daripada personaliti terkenal yang diketuai oleh bintang pop remaja Ismail Izzani; penyanyi dan pelakon Nabila Razali dan Haqiem Rusli yang memulakan kerjaya menyanyi sejak kemenangannya pada Idola Kecil TV9 pada 2008.




Selain itu, turut hadir bersama dalam parti 'Era of Live' adalah Calum Scott yang merupakan bintang terkenal UK sejak musim Britain Got Talent pada tahun 2015.


Samsung Galaxy A50 dan Samsung Galaxy A30 boleh didapati di semua kedai Samsung Experience dan Samsung Malaysia Online Store dengan harga yang ditawarkan masing-masing ialah RM1,199 dan RM799. Kedua-dua telefon pintar ini boleh didapati dalam tiga warna seperti Putih, Hitam dan Biru yang boleh disesuaikan dengan gaya hidup anda.


Sebarang maklumat lanjut mengenai Samsung Galaxy A50 dan Samsung Galaxy A30, boleh layari laman sesawang http://www.samsung.com.my/ dan laman Facebook, https://www.facebook.com/SamsungMalaysia/.
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment