Majlis Pelepasan Melaka Jelajah Utara Malaysia 2019


10 April 2019 - Majlis Pelepasan Melaka Jelajah Utara Malaysia sempena Tahun Melawat Melaka 2019 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Mohd Sayuthi bin Bakar, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). 

 Ucapan perasmian YBhg. Dato Mohd Sayuthi bin Bakar, Datuk Bandar Petaling Jaya

 Ucapan  dari Pn. Asmaliana binti Ashari, Pengurus Kanan Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri Melaka

 Ucapan Fadzlaini Ibrahim (DJ Ninie), Pengerusi Fast Bikes Club



Program Melaka Jelajah Utara Malaysia adalah anjuran kerjasama Fast Bikes Club dengan Tourism Melaka dab MBPJ untuk mempromosikan produk-produk Melaka ke pelusuk tanah air termasuk juga luar negara. Jelajah Utara ini akan bermula dari Petaling Jaya, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Program Jelajah Utara Malaysia ini bertujuan menarik 20 juta pelancong untuk singgah dan melawat Melaka Bandaraya Bersejarah. Seramai 55 orang peserta termasuk 35 penunggang motorsikal berkuasa besar dari pelbagai latarbelakang dan negara iaitu Malaysia, Sibgapura, Thailand, Brunei dan Indonesia menyertai program ini.





Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

1 comments: