Pesta Perdagangan dan Pelancongan Sempadan Selatan di Narathiwat, Thailand


Pesta Perdagangan dan Pelancongan Sempadan Selatan akan diadakan pada 26 hingga 28 April 2019 bertempat di Stadium Maharaj, Majlis Perbandaran Sg Golok, wilayah Narathiwat, Thailand. Pesta ini akan berlangsung selama 3 hari dan telah menarik ramai penyertaan peniaga yang dianjurkan oleh Jabatan Perdagangan Luar Negara, Kementerian Perdagangan Thailand.


Pesta kali ini menyediakan 40 buah gerai jualan makanan dan barang-barang dari Kelantan, Perlis, Kedah, Pahang dan Pulau Pinang. Produk-produk yang dipamerkan adalah termasuk buatan kayu, barang-barang kemas, kraftangan, kosmetik, pakaian etnik dan pelbagai jenis hidangan makanan dan minuman.
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment