Program Muafakat Pembersihan Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang


KUALA LUMPUR: Seramai lebih kurang 60 penduduk Kampung Baru menyertai Program Gotong-Royong Muafakat membersihkan Tanah Perkuburan Islam Jalam Ampang pada Sabtu yang lalu.

Program yang melibatkan antara Kelab KBSquad Kampung Baru bersama penduduk merupakan sebahagian program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi mendekati dan berbakti kepada masyarakat. Presiden Kelab KBSquad Kampung Baru, Encik Ad Adib Shaharuddin dan Pengerusinya, Encik Ad Afnan Shaharuddin berkata, menerusi program itu amatlah penting dalam menjaga kebersihan alam sekitar dan dalam masa yang sama memupuk semangat kerjasama dan bersatu padu antara satu sama lain untuk masa-masa akan datang.



Pegawai Pengeluar Permit Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Tuan Hj Ab Malek bin Salleh juga ada berkata yang setiap tahun ada menjalankan program gotong-royong di tanah perkuburan ini bagi memupuk semangat kerjasama antara masyarakat.

Selain itu, turut hadir ialah Tan Sri Suleiman Mohamad selaku Penaung Kelab KBSquad Kampung Baru dan juga Che Onn Ismail sebagai Ketua Penaja PPBM/Bersatu Bahagian Titiwangsa. Usaha murni yang ditunjukkan oleh Kelab Pemuda Kampung Baru ini harus dijadikan sebagai tauladan kepada anak muda di luar sana dalam menjalankan aktiviti yang berfaedah seperti ini. 





Tinjaun Team Propa Rangers ke Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang mendapati kawasan perkuburannya cukup luas dengan pelbagai bentuk kubur-kubur lama yang boleh dilihat dan dihayati. Selain itu, terdapat juga kubur-kubur seniman dan seniwati negara seperti Tan Sri P.Ramlee, Biduanita Negara Saloma, Hjh Mariam@Mariani binti Hj Ismail dan juga anak P.Ramlee iaitu Nasir Ramli. Turut ada di situ adalah perkuburan Raja Bot. Mana mungkin jika kita tidak menjaga kebersihan ini, perkuburan lama boleh kekal utuh untuk anak, cucu, cicit akan datang.



Aktiviti ini telah memberi impak yang sangat memuaskan dengan kerjasama AJK dan penduduk serta jalinan perpaduan yang memberikan semangat muhibbah antara satu sama lain. Ia turut membawa nilai-nilai murni serta semangat perpaduan dalam diri setiap penduduk yang hadir. Program Muafakat Pembersihan Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang berjalan dengan jayanya dan diharapkan aktiviti berfaedah seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment