SeoulNami Korean BBQ Kini Boleh Didapati Di The Garden, Kuala Lumpur

Kini anda tidak perlu lagi untuk ke Korea semata-mata untuk menikmati hidangan Korean BBQ yang lazat. Ini kerana, anda boleh dapatkan hanya di SeoulNami Korean BBQ yang terletak di The Garden Mall, Kuala Lumpur.
Buat pengetahuan anda, masakan BBQ Korea sangat terkenal di Korea, lebih-lebih lagi jika anda pernah menonton drama-drama Korea. Sudah pasti anda akan disajikan mata dengan para pelakon menikmati hidangan bakar ini.


Lebih menarik lagi, restoran SeoulNami Korean BBQ yang dibuka di The Garden ini merupakan cawangan pertamanya di Malaysia. Bagi anda yang ingin mencuba keenakan rasa makanan laut yang segar dan dibakar menggunakan arang yang terbaik, bolehlah berkunjung ke restoran ini untuk merasainya.



Sebelum tu meh Admin ajar cara-cara untuk anda menikmati hidangan di restoran ini. Jom!
  1. Pertama kali, anda haruslah membuat pilihan sama ada daging atau ayam.
  2. Jangan lupa juga buat pilihan side dishes dan sos pencicah.
  3. Kemudian, bila dah settle, anda perlulah masak dahulu telur dadar menggunakan dapur pemanas yang disediakan.
  4. Dalam pada masa yang sama, pelayan akan datang memanaskan dapur arang yang dibawanya. Bila dah panas nanti, anda bolehlah membakar pilihan daging atau ayam tadi.
  5. Sebelum itu, anda bolehlah letak Goguma on Fire (Baked Sweet Potato) di bahagian bawah tepi arang.
  6. Bila daging atau ayam dah siap masak, bolehlah anda menikmati dengan sepuasnya bersama rakan-rakan mahupun keluarga.
  7. Selain itu, anda juga boleh nikmatinya bersama Fist Rice.

Antara menu yang dihidangkan adalah 

Chuncheon Chicken – 3 Flavours (RM59)
Beef Platter (RM119)
Spicy Octopus (RM39)
Kimchi Trio (only in SeoulNami) (RM29)
Fist Rice (RM29)
Charcoal Burnt Cheesecake (RM12)
Goguma on Fire (RM12)
Cheesy Lava (RM19)


Terdapat 4 pilihan sos yang boleh anda nikmati iaitu Seoul Spicy Sauce, Korean Pow Pow Ssamjang, Black Pink Grind dan Roasted Injeolmi Power. Kesemuanya ada rasa pedas, masam, masin. Pendek kata, Perfect!


Tibalah masanya menu yang paling sejuk dan menggiurkan. Minuman ini dihidangkan dalam jug besar dan boleh dinikmati sekitar 3-4 orang. Memang jimat dan berbaloi lah.
Signature Drinks yang enak-enak seperti:-
Out-of-the-World Lemonade (RM24)
Binggrae Banana Uyuy Colada (RM24)
Sparkling Orange Cream Soda (RM19)
Fizzy Spur Plum Cooler (RM19)
Menarik bukan? Jadi... Apa tunggu lagi? Jom bawa keluarga mahupun rakan-rakan untuk menikmati hidangan Korean BBQ di SeoulNami Korean BBQ, The Garden sekarang.
Maklumat lanjut, bolehlah korang rujuk di bawah ini:-
SeoulNami Korean BBQ

F-215, The Gardens Mall
Lingkaran Syed Putra
Mid Valley City
59200 Kuala Lumpur.
Telefon 
+603 2202 3336
Facebook
Instagram
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment