Shalicious Lancar Produk Kecantikan Terbaru BB Cushion


Buat julung kalinya Shalicious Empire Sdn Bhd melancarkan rangkaian produk kecantikannya yang baharu, #BBXShalicious - BB Cushion di W Hotel Kuala Lumpur, di sini hari ini (25 April 2019). Pelancaran itu bertujuan mempromosikan produk keluaran terbaru syarikat selain memberi perkongsian tentang kebaikan BB Cushion bagi menggalakkan individu yang ingin kelihatan cantik dalam masa yang singkat di samping mampu merawat kulit yang seterusnya menampilkan kecantikan diri sendiri dengan penuh keyakinan.

Dengan tagline "My Secret is Yours", rangkaian kosmetik itu menampilkan Shalicious BB Cushion (Medium Biege) dan Shalicious BB Cushion (Light Biege), di mana ia telah memvariasikan lagi produk syarikat yang sedia ada yang terdiri daripada suplemen dan juga penjagaan kulit seiring dengan permintaan dalam kalangan pengguna yang memiliki tona kulit berbeza.



Pelancaran BB Cushion telah dimeriahkan oleh agen stokis yang mempunyai jumlah jualan tertinggi serta dihadiri oleh instafamous atau influencer sebagai salah satu pendekatan syarikat untuk memasarkan BB Cushion agar diterima oleh segenap lapisan masyarakat.

Tiga penyampaian hadiah istimewa bagi 3 stokis terbaik dimiliki:-

Top 1 - Putry Anggria (stokis Indonesia) yang menerima hadiah percutian ke Maldives selama 3 hari 2 malam (tiket penerbangan + hotel) beserta trofi dan jambangan bunga yang ditaja oleh bellefleurmy.

Top 2 - Siti Zaliha Kamarudin (stokis Kuala Lumpur) yang menerima hadiah percutian ke Bali selama 3 hari 2 malam (tiket penerbangan + hotel) beserta trofi dan jambangan bunga yang ditaja oleh bellefleurmy.

Top 3 - Noor Nadhirah Abd Aziz (stokis Terengganu) yang menerima trofi dan jambangan bunga yang ditaja oleh bellefleurmy.


Shalicious bermula dengan Shalicious Empire Sdn Bhd yang dahulunya beroperasi dengan nama Shalicious Enterprise. Ia diterajui oleh founder dan pengarahnya, Puan Wan Nur Siti Aisyah binti Wan Hasan atau lebih dikenali Puan Sha Hasan bersama suaminya, Encik Al-Hafiz bin Zakaria. Beliau juga ada berkata dalam sidang media di mana pelancaran ini diadakan bertujuan menghargai semua yang telah menyokong perkembangan Shalicious sejak syarikat ini ditubuhkan sehingga hari ini.

Produk keluaran Shalicious yang dirumus secara saintifik telah membuatkan lebih jutaan wanita mengimpikan kulit cerah tanpa suntikan. Ini kerana terbukti supplement dari Shalicious mampu memenuhi keinginan setiap wanita. Jadi, tidak hairanlah ramai yang sudah memilikinya.

Dalam majlis pelancaran tersebut, turut hadir memeriahkan suasana majlis adalah penyanyi yang sedang meningkat naik yang tidak asing lagi, Andi Bernadee dengan nyanyian lagu "Satu Peluang" dan "Donde".


Sedikit mengenai produk baru Shalicious BB Cushion
  1. Anti Aging
  2. Hydrating
  3. Perfect Cover
  4. SPF 35++ 
Makeup Foundation - Tidak melekit dan kulit kekal lembut sepanjang hari.

UV Protection - Hadir dengan SPF 35++ untuk melindungi kulit dari sinaran UV.

Perfect Cover - Gabungan tekstur bedak dan cecair mengekalkan kelembapan wajah tanpa menyebabkan kulit kelihatan bercapuk.

Anti Aging - Mengembalikan keanjalan dan kelembapan wajah serta melambatkan proses penuaan.

Whitening & Repairing - Membantu menyamar cela, pori besar dan parut jerawat.


BB Cushion yang akan menembusi pasaran Indonesia dan Brunei selain Malaysia bakal dijual secara rasmi bermula 25 April 2019. Namun, jualan secara pre order telah pun bermula pada 4 April 2019. BB Cushion kini boleh dimiliki dengan harga RM77 melalui stokis atau agen dan juga ibu pejabat sahaja. 

Untuk ketahui maklumat lebih lanjut tentang produk terbaru dan rangkaian produk, boleh layari seperti yang tertera di bawah:-

Website

Facebook

Alamat
Wisma Shalicious, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan

No. Telefon
09 719 6445 / 013 - 911 8743 

Email


Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

2 comments:

  1. First time tahu pasal Shalicious ni. Lagu Andee tu bukan Deme Solo Una tapi Satu Peluang :)

    Singgah sini & follow :)

    https://www.farhanajafri.com/

    ReplyDelete