Majlis Berbuka Puasa Bersama Kakitangan HKL Dan Sumbangan Aidilfitri Kepada Pesakit-Pesakit

Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri, Malik Streams Corporation Sdn Bhd telah mengadakan pelbagai program dan aktiviti amal yang melibatkan anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal hampir setiap tahun. Aktiviti ini dapat mengurangkan beban golongan yang tidak berkemampuan. Antaranya yang telah dilakukan adalah bantuan dari segi bekalan wang, makanan dan barangan keperluan kepada yang memerlukan dan ada juga  menaja umat Islam ke tanah suci menunaikan umrah.


Beberapa hari lagi nak menjelang Aidilfitri, Malik Streams Corporation membantu menyampaikan bantuan kepada pesakit-pesakit Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan turut mengadakan majlis berbuka puasa bersama dengan kakitangan HKL. Malik Streams Corporation turut menghulurkan sumbangan kewangan (Duit Raya) dan barangan keerluan (Hamper Raya) kepada 120 orang pesakit HKL yang memerlukan. 


Selain itu, pesakit-pesakit yang dipilih juga merupakan insan yang benar-benar perlukan bantuan sewajarnya dari segi kewangan dan barang keperluan seperti pesakit tua, yang tidak mempunyai ahli keluarga serta pesakit yang dari latar belakang kebajikan. 



Memenuhi rasa kegembiraan menjelang Aidilfitri, Malik Streams Corporation membantu meringankan bebanan pesakit-pesakit yang tidak mempunyai keluarga terdekat dan yang tidak dapat pulang ke kampung halaman.


Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment