Majlis Iftar Jakel & PPZ-MAIWP Bersama Asnaf di Hotel Tamu, Kampung Baru

Seramai 60 golongan asnaf yang terdiri dari 20 orang pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU), 20 orang anak-anak OKU dan 20 buah keluarga asnaf menerima sumbangan Aidilfitri dalam Majlis Iftar Jakel & PPZ-MAIWP bersama Asnaf di Hotel Tamu, Kampung Baru, KL. Majlis ini merupakan anjuran Jakel Trading Sdn Bhd dan Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) yang diadakan bersempena meraikan golongan kurang berkemampuan untuk turut serta merasai nikmat Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang.


Jakel telah memperuntukkan hasil wang pengembalian semula wang zakat (Skim Wakalah) bagi bayaran zakat perniagaan mereka yang telah dibayar di PPZ-MAIWP untuk meraikan golongan asnaf ini. Antara sumbangan yang diserahkan dalam majlis itu adalah baju raya dan sumbangan bantuan pendidikan serta wang tunai.




Dalam penyerahan sumbangan tersebut, turut hadir bersama ialah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Jakel, Encik Abdul Rashid b. Ab. Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. VIP lain yang turut terlibat hadir bersama adalah Timbalan Ketua Pegawai Kewangan Jakel, Puan Sarinah Mohd Kasiran serta Pengurus Baitulmal-MAIWP, Ustaz Ahmad Talmizi Yahaya.




Majlis ini berlangsung sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat Jakel Trading Sdn Bhd dan PPZ-MAIWP. Sumbangan yang disalurkan kepada golongan asnaf ini adalah sebagai tanda keprihatinan selain mengeratkan ukhuwah.


"Ibadah Zakat Pelengkap Ramadhan"
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment