McDonald's dan Kementerian Pendidikan Hargai Golongan Pendidik Menerusi Anugerah Guru Inspirasi 2019

McDonald's Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan telah menghargai 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2019 sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan di Pulau Pinang pada 13 Mei lalu.


Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2019

Tahun ketiga sudah anugerah ini dinobatkan dan telah menerima lebih 7,500 pencalonan daripada orang ramai antara 1 hingga 31 Mac 2019. Dari jumlah pencalonan tersebut, hanya 25 orang guru dipilih sebagai penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's yang telah menjalankan tanggungjawab melebihi tugas-tugas hakiki dalam mendidik para pelajar mereka.


Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia Melati Abdul Hai berkata, pertambahan jumlah pencalonan dari 1,000 pada tahun pertama anugerah ini diperkenalkan pada tahun 2017 kepada lebih 7,500 tahun ini membuktikan bahawa Malaysia mempunyai ramai guru luar biasa yang sanggup berkorban tanpa mengharapkan balasan atau 'go the extra mile' dan lebih ramai rakyat Malaysia kini merasakan pentingnya penghargaan kepada golongan pendidik seperti ini di negara kita.


"Kami amat gembira melihat sambutan yang cukup menggalakkan terhadap pelaksanaan Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s pada tahun ini. Ia jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia amat menghargai golongan bergelar guru. Kami di McDonald’s merasakan pengiktirafan sebegini adalah wajar kepada golongan pendidik atas komitmen mereka yang amat memberi inspirasi," kata Melati.
Selain itu, Melati juga mengajak rakyat Malaysia untuk membaca kisah pencalonan 25 penerima anugerah ini di bit.ly/mcd-agi2019winners kerana kisah-kisah guru ini mampu menyuntik semangat kepada guru-guru lain, malah pada masa yang sama membantu meningkatkan sistem pendidikan negara.


Turut hadir tetamu kehormat, Datuk Dr Amin bin Senin, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ke majlis menyampaikan Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2019 kepada 25 pemenang. Setiap 25 pemenang ini menerima wang tunai berjumlah RM5,000 dan sebuah trofi.


Guru diibaratkan tulang belakang negara yang mendidik generasi muda dengan penuh berdedikasi agar negara mempunyai ramai pemimpin yang berkaliber dan dihormati. Pengiktirafan sebegini perlu diberikan kepada mereka yang berada dalam profesion mulia ini.

Sektor swasta juga memainkan peranan penting dalam membantu mencapai aspirasi pendidikan negara memandangkan ia merupakan salah satu bidang tumpuan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Sektor swasta berfungsi sebagai rakan kerjasama strategik untuk menambahbaik inisiatif-inisiatif pendidikan awam.


Sambutan Hari Guru Terbesar oleh McDonald's Malaysia

McDonald's Malaysia berbesar hati dapat bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan umtuk mengiktiraf insan-insan hebat ini. Sistem pendidikan merupakan sesuatu yang kompleks dan guru-guru yang berdedikasi ini telah banyak menghadapi pelbagai cabaran tanpa meminta sebarang alasan. 

Oleh sebab yang demikian, Anugerah Guru Inspirasi McDonald's dan inisiatif-inisiatif lain Hari Guru dilaksanakan bagi menyokong dan memastikan kemampuan sistem pendidikan negara kita.


Bersempena sambutan Hari Guru Kebangsaan, McDonald's Malaysia ingin memberikan baucer hidangan PERCUMA kepada lebih 420,000 guru di Malaysia. Guru-guru boleh menggunakan baucer ini untuk menebus sama ada hidangan McChicken atau Filet-O-Fish di mana-mana restoran McDonald's mulai 16 hingga 20 Mei. Secara keseluruhan, hidangan percuma yang diberikan kepada guru-guru dianggarkan bernilai RM4.50 juta.

Selain daripada mengajak rakyat Malaysia mencalonkan guru-guru kesayangan mereka menerusi Anugerah Guru Inspirasi dan meraikan para guru dengan hidangan percuma di seluruh negara, McDonald's turut menganjurkan seminar motivasi di sembilan lokasi seluruh negara yang melibatkan lebih 4,500 guru. Seminar ini telahpun memasuki tahun keempat dan disampaikan oleh pakar motivasi terkenal, Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.


Sebanyak 278 restoran McDonald's di seluruh negara telah mengadakan sambutan Hari Guru sepanjang bulan April lalu. Sambutan tersebut dilaksanakan bagi meraikan para guru dengan pelbagai aktiviti termasuklah permainan, sesi bergambar dan banyak lagi.
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment