Meriahkan Suasana Raya Di Star Vendors Festival Raya, PWTC, Kuala Lumpur

Seminggu sahaja lagi kita akan merayakan Syawal yang penuh keriangan bersama keluarga dan sanak-saudara. Pasti persiapan rapi sudah pun ramai yang melaksanakannya. Namun, apa kata hujung minggu ni bawa keluarga, pakcik makcik, saudara marah mahupun rakan-rakan ke Star Vendors Festival Hari Raya 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. 


Pada 24 Mei 2019, satu majlis Pelancaran Star Vendors Festival Hari Raya 2019 telah dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.



Ketua Pengarah Eksekutif Festival Star Vendors, Ifa Raziah sangat teruja dan terharu dengan sambutan hebat festival raya ini yang mana ia merupakan projek sulungnya.

Seramai lebih 36 orang artis dan selebriti turut serta menyertai Festival Star Vendors, yang antaranya Datuk Aznil Hj Nawawi, Datuk Rosyam Nor, Datuk Fizz Fairuz, Anuar Zain, Ziana Zain, Fazli Zainal, Watie Elite, Ani Mayuni, Erra Fazira, Asyraf Muslim dan ramai lagi. Artis-artis ini akan terlibat dalam festival membeli-belah yang julung kali diadakan.



Pengunjung-pengunjung yang hadir, jangan lepaskan peluang untuk berbelanja Raya sekali gus dapat bertemu artis kesayangan waima festival ini berlanjutan selama 72 jam untuk 3 hari.

Terdapat 453 buah ruang niaga (booth) yang disediakan meliputi tiga aras yang boleh di singgah. Malah jika anda membuat bayaran penuh, anda turut mendapat 10 peratus diskaun.



Festival Star Vendors sedang berlangsung selama 72 jam tanpa henti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula hari ini sehingga hari Ahad (26 Mei 2019). Jangan ketinggalan untuk ke sana dan meriahkan lagi suasana bersempena menjelang Hari Raya Aidilfitri.



Jurufoto: Faizol a.k.a. Otomen Taro
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment