Konvoi Jelajah Raya Bersama Fast Bikes Club dan Reappear MC ke Melaka


Jelajah Raya bersama Fast Bikes Club dan Reappear MC berlangsung pada 25 Jun 2019. Konvoi motor berkuasa besar yang terdiri daripada 50 orang delegasi ini diketuai oleh Pengasas Fast Bikes Club, Azhar Ngah dan Presiden Reappear MC, Helmy untuk menziarah sendiri rumah presiden RMC di Lubok China, Melaka

Matlamat dan objektif Jelajah Raya ini dilaksanakan bertepatan dengan sambutan Aidilfitri di samping mengeratkan hubungan silaturrahim antara pasukan yang terdiri dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei.


Jelajah Raya yang dilawati ke rumah Mr. Presiden RMC sangat meriah dan menyeronokkan.



Memeriahkan lagi suasana jelajah raya ini, Man Raja Lawak juga turut meluangkan masa menyertai konvoi dan pastinya tidak kering gusi melihat telatahnya.



Usai menjamu selera dengan hidangan yang enak-enak, konvoi jelajah raya ini meneruskan perjalanan ke lokasi kedua untuk rehat dan santai di Teluk Kemang, Port Dickson sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Santai petang menikmati angin laut sambil menikmati minuman air kelapa dan Coconut Shake.




Setakat ini, Fast Bikes Club telah pun merentasi keseluruhan negeri Melaka pada tahun lepas dan membawa produk Melaka ke Jelajah Utara pada bulan April yang lalu bersempena tahun melawat Melaka 2019.


Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment