Lexis Hibiscus 2 Bakal Mensasarkan Jutaan Pelancong Ke Port Dickson

Dalam suatu kerjasama bersama Perbadanan Menteri Besar (cabang pelaburan kerajaan Negeri Sembilan), Kuala Lumpur Metro Group telah mengumumkan projek pembangunan resort terbarunya, iaitu Lexis Hibiscus 2 dalam upacara menandatangani rasmi yang disaksikan oleh YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson pada Sabtu, 27 Julai 2019.


Dijadualkan untuk pembukaan rasmi pada tahun 2024, resort mewah 5 bintang tersebut akan terletak bersebelahan Lexis Hibiscus Port Dickson dan dijangka mencatatkan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM500 juta, dengan 760 villa berkolam renang yang juga termasuk 582 villa atas air dan 178 villa sky pool. Mengikuti jejak langkah Lexis Hibiscus, setiap villa dan bilik di Lexis Hibiscus 2 bakal mempunyai kolam renang peribadi untuk tahap keselesaan dan privasi yang tiada tandingannya.


Lexis Hibiscus 2 dijangka menarik seramai 400,000 orang pelancong ke Port Dickson setiap tahun. Jika purata setiap pelancong berbelanja sebanyak RM600 untuk penginapan satu malam, ini bakal menjana pendapatan pelancongan sebanyak RM240 juta setahun dan ia akan memberi manfaat  kepada masyarakat tempatan serta meningkatkan daya tarikan Port Dickson sebagai destinasi pelancongan antarabangsa terkemuka.

Lexis Hibiscus 2 akan mengukuhkan kedudukan jenama Lexis sebagai penyumbang kepada pembangunan pekan Port Dickson. Kerjasama ini akan diteruskan dengan lebih erat bersama kerajaan Malaysia untuk mempromosikan industri pelancongan di Port Dickson serta menarik lebih ramai pelancong dari segmen pelancong solo dan bebas (FIT), lawatan rombongan, percutian korporat dan MICE (Mesyuarat, Insentif, Persidangan, Pameran) dari dalam dan luar negara.


Setakat ini, resort-resort yang amat berjaya di bawah Lexis Hotel Group seperti Lexis Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson dan Lexis Hibiscus Port Dickson telah berjaya menarik seramai 5.2 juta orang pelancong ke Port Dickson. Daripada jumlah 5.2 juta itu, separuh daripadanya merupakan pelancong daripada 156 negara asing dari serata dunia.

Dengan kehadiran Lexis Hibiscus 2, Lexis Hotel Group mensasarkan untuk terus menarik lebih ramai pelancong tempatan dan asing, terutamanya dari benua Asia Pasifik dan Timur Tengah melalui pengalaman pelancongan unik yang tiada tolok tandingnya serta layanan dan perkhidmatan yang bertaraf antarabangsa.



Selain itu, salah satu faedah usahasama ini adalah mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan. Sepanjang fasa pembinaan Lexis Hibiscus 2, akan wujud penambahan sekitar 2,000 peluang pekerjaan. Manakala setelah siap pembinaannya, akan wujud penambahan sebanyak 1,000 peluang pekerjaan untuk kerja-kerja pengurusan resort tersebut.

Lexis Hibiscus 2 akan menawarkan hanya yang terbaik di Negeri Sembilan dari segi tempat penginapan, makanan dan persidangan mesyuarat kepada semua pelancong-pelancong yang melawat negeri tersebut. Antara kemudahan utama yang disediakan termasuk; akuarium tenggelam yang dilengkapi restorannya tersendiri dan merupakan yang pertama di Malaysia, air pancut berirama, dewan terbesar di Negeri Sembilan yang mampu menampung 2000 orang hadirin dan Hibiscus Walk, suatu destinasi makanan dan membeli-belah terbuka yang unik dengan deretan kedai "makanan jalanan" yang menawarkan citarasa asli Malaysia.


Jarak perjalanan kira-kira satu jam memandu daripada pusat bandar Kuala Lumpur atau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sepanjang pantai Pasir Panjang, Lexis Hibiscus 2 bakal terbentang luas ke laut Selat Melaka dalam bentuk yang menyerupai bunga kebangsaan Malaysia.

Resort tesebut akan diuruskan oleh Lexis Hotel Group yang sering memenangi pelbagai anugerah daripada perbadanan terkemuka, termasuk Anugerah World Luxury Hotel, Anugerah Haute Grandeur Global Hotel, Anugerah PATWA International Travel, Business Television India (BTVI), Anugerah Jenama Terbaik BrandLaureate, Anugerah Hospitality Asia Platinum Awards (HAPA), Anugerah Asia's Best Employer Brand dan Top 10 of Asia.


Tambahan pula, salah satu resortnya yang paling popular, Lexis Hibiscus Port Dickson merupakan pemecah rekod dunia, Guiness World Records bagi kategori kolam renang terbanyak di satu resort dan villa atas air terbanyak. Selesainya pembinaan Lexis Hibiscus 2, resort terbaru ini akan menggantikan tempat Lexis Hibiscus sebagai pemecah rekod-rekod tersebut.

Fakta Menarik Lexis Hibiscus 2
  • Resort yang terdiri daripada 760 bilik - 582 villa atas air dan 178 villa sky pool
  • Saiz purata setiap unit: 800 kaki persegi hingga 1000 kaki persegi
  • Purata harga jualan: RM600,000 hingga RM700,000
  • Ciri-ciri unik
    • Setiap villa mempunyai kolam renang peribadi
    • Akuarium tenggelam yang dilengkapi restorannya sendiri (pertama di Malaysia)
    • Air pancut berirama
  • Kemudahan dan perkhidmatan resort lengkap termasuk:
    • Dewan besar (terbesar di Negeri Sembilan, mampu menampung 2000 hadirin)
    • Bilik mesyuarat yang boleh disesuaikan untuk semua majlis
    • Pelbagai pilihan tempat makan termasuk masakan antara benua, masakan Jepun dan masakan Cina
    • Hibiscus Walk: suatu destinasi makanan dan membeli-belah terbuka yang unik, dengan deretan kedai "makanan jalanan" menawarkan citarasa Malaysia yang asli
    • Helipad
    • Jeti
    • Gimnasium, sauna dan spa
    • Lounge lobi dan concierge
    • Kedai cenderamata
  • Projek bermula: Akhir tahun 2020
  • Projek Siap: 2024
  • Anggaran GDV projek: RM 500 juta
  • Pasaran sasaran: tempatan dan luar negara (tertumpu pada benua Asia Pasifik dan Timur Tengah)

Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

2 comments:

  1. tak pernah lagi sampai ke lexis hibiscus ni.

    saya follow sini ye #49

    http://sayesyadiya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..
    saya sudah follow anda

    Jom follow blog www.iyaseo.id

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete