Pementasan Teater Si Jundai Begitu Mempesonakan

Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN) telah mengadakan Teater Tradisional Randai, Si Jundai pada 5 dan 6 Julai 2019 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MATiC).


Randai berasal daripada perkataan 'merandai' yang bermaksud mengarang atau melingkar kawasan lapang dalam bentuk bulatan. Randai turut disebut sebagai 'kaba' atau 'bakaba' yang bermaksud cerita atau bercerita. Apabila disebut sahaja perkataan Randai, spontan terbayang gelombang lautan yang diikuti gelombang perasaan di dalam hati setiap pemain randai/perandai. Selain daripada itu, Randai juga membawa maksud bertutur  atau berbicara dengan menggunakan istilah-istilah kiasan yang samar tetapi mempunyai maksud tersirat yang dalam dan jelas. Kesenian yang berasal dari Sumatera Barat, Indonesia ini merupakan satu seni tradisi bagi masyarakat Minangkabau yang merupakan etnik terbesar ke-14 yang seterusnya menetap dan berkahwin dengan penduduk tempatan. Di Malaysia, Randai cukup popular di Negeri Sembilan dan sebahagian negeri Selangor dan kebiasaannya dipersembahkan menggunakan gaya bahasa Minang loghat daerah di Negeri Sembilan.


Sinopsis Si Jundai

Si Jundai merupakan ilmu hitam atau sihir yang digunakan untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang salah. Si Jundai mengisahkan seorang pemuda bernama Ujang Rawan yang suka kepada Intan Sari Manih tetapi sering ditolak Intan. Namun, terdapat juga seorang lagi lelaki, Tuan Malano iaitu anak ketua kampung turut meminati Intan Sari Manih. Tuan Malano bersama dua orang konconya, Pendekar Lutut dan Bujang Kirai seringkali mengganggu Intan. Tanpa diduga Intan telah mengeluarkan kata-kata yang pedih menyebabkan Tuan Malano marah. Kesan dari itu, Tuan Malano telah pergi bertemu seorang dukun untuk mengenakan sihir terhadap Intan Sari Manih. Intan menjadi gila dan kebetulan Ujang Rawan pun baru sahaja pulang ke kampungnya setelah lama pergi menuntut ilmu dan Ujang Rawan berjaya menyembuhkan Intan. 

Kemudian, pertelingkahan telah berlaku antara Ujang Rawan dan Tuan Malano yang akhirnya dileraikan sendiri oleh Tok Yusoff, ketua kampung dan ayah kepada Tuan Malano. Tuan Malano dihukum keluar dari kampung manakala Ujang Rawan dan Intan Sari Manih diijabkabulkan.








Admin boleh katakan ia sebuah kisah tauladan buat semua hari ini agar tidak terus berkata sombong dan lancang dalam pertuturan terhadap seseorang. Kerana tidak semua manusia punyai perasaan yang sama dengan kita. Ada yang mungkin nampak baik tetapi di hati pendam sehingga membawa kepada membuat diri kita merana. 

Dari mula hingga tamat, Admin rasakan pementasan ini sangat menarik dan mempesonakan. 


Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment