Volkswagen Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Ikon Menerusi Collector's Edition Beetle

Ketika dunia mengucapkan selamat tinggal kepada Volkswagen Beetle pada tahun ini, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memberi penghormatan kepada the Bug dengan Collector's Edition Beetle yang eksklusif.


Collector's Edition Beetle yang menawarkan hanya 75 unit dengan harga RM164,390 didatangkan dalam empat warna iaitu biru (Blue Silk), putih (Pure White), oren (Habanero Orange) dan merah (Tornado Red). Collector's Edition ini dilengkapi dengan pelbagai aksesori bernilai sehingga RM12,000. Ia merangkumi spoiler belakang, filem dekoratif, hujung ekzos krom, pedal sports aluminium, pemijak kaki, VW Tint dan emblem yang menunjukkan nombor produksinya. Kesemua 75 orang pemilik turut menerima sijil pemilikan rasmi Collector's Edition.


Menurut Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter, Collector's Edition Beetle adalah untuk meraikan kejayaan yang telah dicapai oleh Beetle. "Apa jua perkara baik perlu ada penamatnya, samalah seperti model terlaris di peringkat global ini. Beetle sememangnya menikmati sejarah yang kaya di Malaysia, ia dipasang di Shah Alam pada tahun 1968. Malah, ramai rakyat Malaysia yang membesar dengan pengalaman bersama kereta yang disukai ramai ini."

"Tidak ada kereta yang berjaya mencipta pengikut dan memberi definisi kepada banyak generasi seperti yang dilakukan oleh Beetle. Ini merupakan pengakhiran sebuah era, jadi kita harus meraikan kehidupan dan zaman kegemilangan Beetle dengan sesuatu yang benar-benar istimewa iaitu Collector's Edition."



Membeli sebuah Collector's Edition Beetle adalah seperti memiliki satu bingkisan sejarah kerana ia akan menjadi model edisi khas terakhir ditawarkan di Malaysia. Model ini memang sangat sesuai kepada peminat Beetle yang mahukan sebuah Beetle unik serta mempunyai sentuhan pertama seumpamanya.

Menjadi satu ikon reka bentuk dan objek ikutan ramai, Beetle yang memenangi anugerah telah menawan hati serta minda orang ramai selama 80 tahun ia diproduksi. Direka oleh Ferdinand Porsche pada tahun 1938, lebih 21.5 juta unit telah dijual di seluruh dunia, sekali gus menjadikan ia antara kereta paling laris dalam abad ke-20. Selepas tiga generasi, Volkswagen mengumumkan bahawa ia akan menghentikan produksi Beetle.




Sebagai sebuah kereta yang paling lama dihasilkan dalam sejarah automotif, tarikannya tidak pernah pudar selama beberapa generasi. Bersama-sama dengan Kombi, Beetle menyerlahkan persona istilah "keamanan, cinta dan kegembiraan." Ia telah membuat kemunculan dalam banyak bentuk budaya pop sebagai Bumblebee original, sebagai Herbie si Love Bug dan kereta pilihan Elle Wood dalam filem 'Legally Blonde'. Karya popular artis Andy Warhol turut menampilkan Beetle, selain Beetle berwarna putih yang dipaparkan pada kulit album terakhir Beatles, Abbey Road.


Kesemua model Volkswagen, termasuk Beetle hadir dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun. 

Maklumat lanjut, boleh layari laman web:

Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment