Vivo S1 Menjadi Anda Lebih Bergaya dan Trendy Dengan Inovasi Baharu

Vivo sekali lagi menyusul pelancaran telefon pintar S1 baru-baru ini dengan Jualan Superday di Central i-City yang mana orang ramai disajikan dengan persembahan, cabutan bertuah dan permainan serta pelanggan yang membeli telefon pintar tersebut menerima hadiah percuma secara eksklusif.


Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu berkata, "Kami terus berkembang dengan pengguna kami dan komited untuk sentiasa berusaha menjawab cabaran industri dalam menyampaikan pengalaman pengguna maksimum dari inovasi kepada perkhidmatan selepas jualan berkualiti global. Adalah menjadi hasrat kami bahawa S1 baru menjadi telefon pintar kegemaran belia Malaysia."

Orang ramai turut dihiburkan dengan persembahan oleh Yasmin Aziz selain pelbagai keseronokan dan permainan dalam sambutan Hari Jualan Super.


Orang pertama yang membeli Vivo S1 juga membawa pulang alat dengar eksklusif dari Vivo.


Vivo menghidupkan tenaga muda, kegembiraan dan inovasi sebagai nilai jenama utamanya serta didedikasikan untuk mengejar kesempurnaan dan terus mencipta kejutan dan pengalaman unik bagi pengguna yang yakin dan ekspresif. Vivo S1 baru ini memberikan pilihan kepada pengguna muda Malaysia yang sentiasa ingin kelihatan bergaya, bebas dan sentiasa up-to-date dengan perkembangan teknologi.



Vivo S1 baru datang dalam warna Diamond Black dan Skyline Blue dan boleh didapati di seluruh negara di semua Kedai Konsep Vivo, dan tapak e-dagang yang turut serta. Untuk maklumat lanjut, boleh layari ke http://www.facebook.com/VivoMalaysia dan https://www.vivo.com/my/.
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

3 comments:

  1. Qiss suka juga Vivo ni. Yang penting kamera cantik

    ReplyDelete
  2. I ran across your site last week and started to follow your posts consistently. I haven’t commented on any kind of blog site just yet but I was considering to start soon. It’s truly exciting to actually contribute to an article even if it’s only a blog. I really don’t know exactly what to write other than I really loved reading through a couple of of your articles. Great articles for sure. I will keep visiting your blog regularly. I learned a lot from you. Thanks! iphone psd

    ReplyDelete
  3. Personally, I have found that to get just about the most fascinating topics if this draws a parallel to. iphone mockup

    ReplyDelete