AIM Seremban Lahirkan Usahawan Berjaya

Seremban, NS 26 Sept - Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) melahirkan usahawan berjaya dalam kalangan sahabatnya di kawasan sekitar itu sejak setahun lalu di daerah Senawang.


Ketua pusat, Siti Aisyah berkata ketika ini keahlian Sahabat AIM di bawahnya sudah seramai lebih 50 orang.

"Sahabat AIM Cawangan Senawang membuat pembayaran balik pinjaman sebanyak 100 peratus pada setiap minggu."

Menurut Siti Aisyah lagi, bermula dengan hanya meminjam sebanyak RM500 sebagai modal perniagaan, kini kebanyakannya telah melonjak naik perniagaan masing-masing.


Katanya lagi, atas dasar amanah, jujur dan bekerjasama ibarat dalam satu pasukan, itulah yang menjadi kunci kejayaan cemerlang AIM termasuk sahabat dan kakitangannya.


"Sahabat AIM terdiri daripada suri rumah yang keba­nyakannya tinggal di kawasan pedalaman serta pekan kecil. Mereka berniaga secara sambilan bagi membantu suami dan keluarga, malah, ada juga dalam kalangan mereka merupakan golongan ibu tunggal,” katanya. 

Admin mendoakan semoga semuanya dipermudahkan segala urusan dan diberkati setiap langkah kehidupan ini.

Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment