Jalinan Hubungan Diplomatik Malaysia-China dalam Penganjuran Asia's Kids Star

Pada 31 Julai 2019 yang lalu, NQCC telah melancarkan pra-pelancaran AKS yang telah disempurnakan oleh YAM Tunku Muna Najiah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al Haj. Rentetan dari penganjuran majlis itu, sekali lagi NQCC menganjurkan satu majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) di antara China's Little Kids Star (CLKS) dan Malaysia's NQ Cultural Commercial Sdn Bhd (NQCC) di Kuala Lumpur bagi penganjuran AKS untuk penyertaan kanak-kanak dari negara China. 


Menurut penasihat projek NQCC, Datuk Hassan Saad, program peringkat antarabangsa ini diilhamkan bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China, khususnya dalam melestarikan kebudayaan, kesenian dan juga adat resam dalam kanak-kanak selain mencungkil bakat baru di kalangan kanak-kanak. Ia akan turut mempamerkan keindahan pakaian, bahasa dan budaya tradisional Cina "Han".


Untuk makluman, CLKS adalah sebuah institusi mencungkil bakat kanak-kanak di beberapa bandar besar di China untuk diketengahkan bakat mereka hingga ke peringkat antarabangsa. CLKS akan membawa lebih daripada 300 penyertaan kanak-kanak dari negara China dalam penganjuran AKS yang akan diadakan di Malaysia. 

AKS pula adalah satu program mencungkil bakat kanak-kanak pelbagai bidang seni seperti tarian, nyanyian, peragaan dan lukisan. AKS membuka penyertaan kanak-kanak dari beberapa negara lain di Asia.



Audition bagi pencarian kanak-kanak untuk mewakili Malaysia akan diadakan pada bulan Oktober 2019. Pengajur mensasarkan lebih 2,000 kanak-kanak akan menyertai audition dalam empat cabang seni yang dipertandingkan. Melalui audition, penganjur akan memilih 30 penyertaan bagi setiap kategori untuk mewakili Malaysia kepada pertandingan AKS yang akan berlangsung pada Februari 2020 di Kuala Lumpur.


Sehingga kini, pihak penganjur telah menerima lebih 300 permohonan penyertaan kanak-kanak dari negara China tidak termasuk penyertaan jemputan dari negara-negara Asia yang lain. Penganjur menjangkakan lebih 500 kanak-kanak dari penyertaan kanak-kanak keseluruhan dari penyertaan semua negara Asia yang dijemput seperti China, Taiwan, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Hong Kong.


Penganjur AKS, NQCC dan rakan strategi CLKS berharap dapat menganjurkan AKS dengan jayanya serta mendapat sokongan dari pelbagai pihak.
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment