Filem Geran Mampu Memukau Penonton Dengan Aksi Seni Silatnya

Portal Propa Rangers diundang untuk menghadiri Tayangan Perdana Filem Geran di MMCineplexes, Level 2M, eCurve Damansara. 


Sinopsis Filem Geran

GERAN merupakan sebuah filem aksi arahan Areel Abu Bakar mengenai Ali (Kohar) bersama adik perempuannya Fatimah (Feiyna Taj) yang berasa amat marah dan kesal dengan adik bongsu mereka Mat Arip (Fad Anuar) setelah tidak pulang ke rumah membawa bersama geran tanah pusaka.

Mat Arip terlibat dengan kumpulan pemuda liar yang terbabit dengan aktiviti perlumbaan kereta secara haram dan perjudian. Ali bertanggungjawab untuk mencari dan membawa pulang Mat Arip kembali ke pangkuan ayah mereka Pak Nayan (Namron).

Mampukah Ali mempertahankan hak keluarga mereka?


Barisan Pelakon
Namron : Pak Nayan
Fatimah Abu Bakar : Haryati
Khoharullah : Ali
Feiyna Tajudin : Fatimah
Fad Anuar : Mat Arip
Taiyuddin Bakar : Mi Piang
Niezam Zaidi : Asan
Adam Shahz : At
Megat Shahrizal : Man Bangla
Aeril Zafrel : Lah
Azlan Komeng : Kahar
Kasturi Majid : Tora King
Sham Majid : Yon
Yusran Hashim : Chot
Abinoorizuadin : Pak Teh
Penampilan Khas : Hj Daud - (Nantikan sehingga ke hujung filem)

Filem Terbitan
Layar Pictures Sdn Bhd

Penerbit Bersama
Tree of Hope Productions

Pengarah
Areel Abu Bakar

Penerbit
Abu Bakar Mat Zin
Hayati bt Ahmad
Eeman Teoh

Penerbit Eksekutif
Yusri Yusof
Johan Abdullah
Abu Bakar Mat Zin

Cerita Asal
Areel Abu Bakar

Penulis Skrip
Hafiz Derani

Sinematografi
Areel Abu Bakar

Pengarah Reka Bentuk
Areel Abu Bakar
Azlan Komeng

Penolong Pengarah Seni
Azlan Komeng

Penyunting
Nik Johan

Skor Muzik
Bajai

Pereka Kostum
Sandra Othman

Pereka Prop
Azlan Komeng

Tayangan Filem
10 Oktober 2019


Review Filem Geran

Penggambaran filem Geran dibuat sekitar Disember 2017 dan awal Januari 2018 selama 36 hari di sekitar negeri Kedah.

Filem ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang mempertahankan geran tanah dari cuba dirampas oleh lintah darat.

"Ia merupakan sebuah keluarga petani yang diasak dan diugut oleh seorang lintah darat yang berpengaruh supaya menggadaikan tanah mereka, namun keluarga yang ditunjangi oleh anak sulung berani dan gagah itu terus bangkit melawan demi maruah keluarga."


Permulaan babak bermula dengan perlawanan bola sepak budak kampung tanpa tiang gol dan garisan padang. Filem aksi ini sudah pun bermula di awal penceritaan walaupun hanya sekadar bermain bola sepak antara kanak-kanak.

Kemudian, masuk babak di mana Fatimah sedang marah-marah terhadap Mat Arip yang mencagarkan geran tanah milik keluarganya kepada Haji Daud. Pak Nayan hanya diam dan mampu mendengar segala leteran Fatimah sehingga datang kelibat lintah darat ke rumah mereka mencari Mat Arip.

Mat Arip seorang yang nakal dan bijak. Sejak kecil lagi, beliau dimanjakan oleh ayahnya. Namun, beliau tidak suka masalah pinjam duitnya dikaitkan dengan keluarga. Beliau sehabis boleh berusaha mencari sendiri untuk membayar duit pinjaman kepada lintah darat itu.

Mat Arip yang suka berlumba itu seringkali menjadi juara dalam setiap perlumbaan. Duit itulah Mat Arip membayar setiap wang pinjamannya kepada lintah darat. 

Ali, abang kepada Fatimah dan Mat Arip yang juga anak sulung Pak Nayan sangat berani, gagah dan baik. Apa yang ayahnya cakap, dia sentiasa patuh dan dengar. Beliau selalu merujuk masalah ayahnya terhadap Mat Arip kepada orang yang lebih berusia iaitu Tok Malim, guru silatnya yang banyak memberikan nasihat kepadanya tentang kehidupan.


Sebagai sebuah filem yang menonjolkan seni silat, sudah tentu babak aksi akan diberi perhatian. Mungkin adegan aksi GERAN tidak setangkas filem Merantau, namun ia tetap mempunyai satu perasaan kagum ketika menontonnya. Areel berjaya mempersembahkan aksi seni silat yang hari ini hampir ditelan zaman. Dia telah memberikan sedikit bunga-bunga silat di awal filem sebagai pembinaan plot. Di pertengahan filem, aksi mula panas dengan paparan aksi persilatan yang cukup mendebarkan sehingga menyaksikan pertarungan yang cukup sengit di akhir scene di antara wira dan penjahat. Boleh dikatakan tiada aksi Stuntman digunakan. Setiap seni silat yang dipamerkan sangat realistik dalam semua babak pertarungan.

Filem Geran mendapat tepukan gemuruh setelah tayangan tamat. Masing-masing 'tabik hormat' dengan kesungguhan pengarah mempersembahkan filem ini untuk dihayati penonton. Setiap penghayatan watak dan arahan penceritaan yang baik ini membuatkan kesemua pelakon utama filem ini memberikan komitmen terbaik sekali. Watak tambahan juga tidak menghampakan.


Selain itu juga, filem ini 80% menggunakan bahasa loghat Kedah. Suasana masyarakat kampung, latar tempat dan cara pergaulan, gaya hidup kesemuanya kelihatan realistik. Pengarah bijak menghidupkan suasana rakyat yang rata-rata ada pada hari ini. Bukan kata perfect, tapi ternyata Admin tidak nampak kekurangan di dalam pembikinan filem ini.

Jadi, kewujudan filem Geran ini sangat bertepatan di kala penonton dahagakan filem aksi yang real dan asli, lebih-lebih lagi bila melibatkan seni silat, pusaka dan kebanggaan masyarakat Melayu. Pada mata kasar, Geran mungkin nampak murah, tetapi tersimpan satu nilai yang tidak ternilai di dalamnya. Admin percaya ia akan menjadi sebuah filem yang harus diingati sampai bila-bila.


Filem Geran adalah sebuah filem yang patut diangkat dan dipromosikan kepada seluruh tanah air agar mendapat kenikmatan yang hebat dari orang ramai. Filem Geran mula ditayangkan pada 10 Oktober 2019 dan jangan ketinggalan untuk saksikannya di pawagam berdekatan anda. 

Official Trailer Filem Geran



*Jangan bangun sebaik sahaja filem tamat kerana anda akan dipaparkan dengan satu babak yang mungkin merungkai pertanyaan besar kepada semua.*


Teruskan sokongan filem tempatan dan kongsikan artikel ini di laman sosial anda serta tinggalkan komen terhadap filem ini di ruangan komen di bawah. Selamat Menonton!
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment