Telekung TPO Nayla SK Eksklusif Hanya di Shopee!

Siti Khadijah (SK) merupakan jenama pakaian gaya hidup Muslim di Malaysia yang menawarkan pelbagai produk telekung dan bukan telekung dengan corak inovatif, motif dan warna yang berkualiti premium hanya untuk anda. Dalam jangka masa yang panjang, SK merancang untuk menjadi pengeluar produk gaya hidup Muslim yang terbesar di Malaysia dan juga di pasaran antarabangsa. Peminat pastinya teruja dan tertarik dengan begitu banyak pilihan rekaan yang ditawarkan.


The Prayer Outfit (TPO) Nayla merupakan produk terbaru keluaran SK yang akan dipasarkan secara eksklusif di Shopee. TPO Nayla yang direka eksklusif diperbuat daripada material Signature Poplin yang berkualiti premium bukan sahaja selesa untuk dipakai tetapi juga cantik dan menarik dipandang. Pastinya peminat boleh mendapatkan TPO Nayla bermula 11 Oktober 2019 hanya di Shopee. Ianya didatangkan dengan dua warna dengan corak menarik yang pastinya memikat hati penggemar telekung SK iaitu, warna Grey dan Mint. Harga telekung pula berharga RM 239.

Buat julung kalinya, jenama SK akan melancarkan kempen Super Brand Day, di mana SK akan “take over” aplikasi Shopee selama sehari pada 11 Oktober 2019. Istimewa bagi anda yang inginkan diskaun produk SK, nantikan baucar eksklusif SK hanya di Shopee. Tambahan juga, dengan setiap pembelian TPO Nayla, pelanggan akan dihadiahkan dengan Pouch Bag dan Kotak Eksklusif Shopee.
“SK amat menitikberatkan setiap perincian dan struktur sesebuah produk telekung mahupun produk bukan telekung yang lain, untuk mencapai standard yang premium kepada para pelanggan SK. Setiap potongan dan jenis kain haruslah tepat dan yang paling penting keselesaan untuk digunakan ketika beribadah itu yang paling penting. Bukan itu sahaja, dah nama pun ingin ‘berjumpa’ Tuhan, pastinya kita perlu bercantik-cantik ketika beribadah. Jadi, kami memperkenalkan pakaian solat dengan rekaan yang dipatenkan dengan tumpuan utama kepada bahagian muka, menggabungkan kain bermutu tinggi dan bahan yang boleh diregangkan– dijahit dengan rapi menggunakan renda sulaman yang cantik. Kami harap wanita Islam seronok memakai produk SK khususnya tambahan terbaru dalam koleksi kami, sebagaimana seronoknya kami menghasilkan setiap satu daripadanya untuk mereka.
Puan Hajah Padzilah Enda Sulaiman, Pengasas Siti Khadijah.


Pada 11 Oktober 2019, para penggemar SK boleh mengikuti Shopee Live, siaran langsung platform e-dagang ini, untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk telekung SK dan bagaimana ia direka untuk wanita Islam zaman sekarang selama 30 minit bersama pengacara Bella Zahir dan wakil dari Team SK. Bagi anda yang terlepas peluang untuk menonton sesi ini masih boleh mengikuti ulangannya pada bila-bila masa, dari mana-mana sahaja, dengan log masuk ke aplikasi Shopee.


Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian telekung SK yang terkini, sila kunjungi https://shopee.com.my/sitikhadijahofficial. Untuk menyaksikan ulangan siaran langsung Siti Khadijah di Shopee Live, sila kunjungi aplikasi Shopee di https://shopee.com.my/shopeelv.
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

1 comments:

  1. Mmg idaman klau dpt SK ni..dpt veli satu utk mak Liez.. dia pun suka..lg mudah la skrg boleh beli melalui shopee

    ReplyDelete