TMSBUS Mengorak Langkah Dengan Pembinaan Kilang Di Seremban

Terus Maju Services Sdn Bhd (TMS) merupakan sebuah syarikat pengeluar bas tempatan telah merancang untuk mengembangkan lagi keluarannya menerusi pembinaan kilang baharu di Seremban. Ia juga bertujuan mempromosikan pengangkutan awam yang mesra alam di Malaysia. 


Pengarah Urusannya, Loo Kok Seong berkata pihaknya optimis menambahbaik permintaan pasaran ASEAN yang semakin meningkat dengan melabur sebanyak RM50 juta bagi pembinaan kilang baharu itu. Malah, beliau berkata lagi penubuhan Komuniti ASEAN sejak 2015 telah mendapat perhatian masyarakat antarabangsa dalam memberi kerjasama dan kuasa untuk jual-beli, justeru syarikat mampu mengeluarkan sehingga 600 unit bas setahun bagi menampung permintaan tersebut.

Ketika ini, syarikat sudah pun mengeksport produk ke negara-negara yang mempunyai pasaran besar seperti Singapura dan terbaru ke Myanmar. Syarikat yakin bahawa segala-galanya disediakan dengan baik dengan harapan negara ASEAN mampu membina platform dan inovasi baru. Terkini, syarikat sedang giat menjalankan eksport produk ke Vietnam dan Kemboja.

Pengarah Urusan Terus Maju Services Sdn Bhd, Loo Kok Seong (dua dari kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Zhongtong Bus Holding dan LA Coach Master selepas Majlis Pelancaran dan Penyerahan TMSBus di Terus Maju Services, Bandar Teknologi Kajang. Turut kelihatan, Menteri Pengangkutan Malaysia, Loke Siew Fook (tengah).

Majlis pelancaran telah dilaksanakan dengan penyerahan bas ke syarikat dari Myanmar, La Coach Master (Myanmar) Co Ltd dan juga majlis pemeteraian perjanjian kerjasama antara Zhongtong Bus Holding Co. Ltd. 

Menyokong peradaban ekologi, kerajaan China komited untuk mencapai pembangunan hijau serta merebut peluang besar bagi pasaran ASEAN dengan memperkenalkan teknologi dan aksesori E-Bus (juga dikenali sebagai Green Smart Bus) dari China.

Zhongtong Bus telah bergabung dengan membawa teknologi bas elektronik baru ke Malaysia. Ia merupakan satu kolaborasi yang menjanjikan perlindungan alam sekitar dan pengiktirafan antarabangsa bagi industri teknologi pengangkutan di Malaysia.


Prospek tiga tahun yang akan datang, Mr. Loo gembira melihat potensi permintaan besar pasaran ASEAN. Oleh itu, TMS telah merangka langkah awal dengan memperkenalkan bas casis kiri untuk sasaran eksport ke pasaran besar seperti Myanmar, Vietnam dan Kemboja. Mr. Loo juga berharap dapat membina platform baru dengan negara anggota ASEAN, mewujudkan eksosistem baru dan berkongsi pencapaian baru.

Mengulas lanjut Mr. Loo berkata, TMS akan hadir dengan empat model yang tersedia dengan sepenuhnya teknologi antarabangsa iaitu TMS09, TMS12, TMS12A dan TMS12L, yang mana setiap model memiliki keperluan pengguna yang berbeza.

Syarikat juga turut mengurangkan kapasiti pengeluaran untuk memasang bas jenama lain kepada 5% buat masa ini kerana mereka mahu menngeluarkan bas jenama sendiri.


Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment