NKF Galakkan Penjagaan Kesihatan Demi Kehidupan Yang Sihat

Kita sedar hari ini rakyat Malaysia semakin aware dengan kesihatan mereka dan rata-rata sudah mula menunjukkan rasa minat dalam menjaga kesihatan. 

Baru-baru ini, satu acara khas mengenai kesihatan yang dianjurkan oleh National Kidney Foundation of Malaysia (NKF) dan Women's Federation for World Peace Malaysia (WFWP) pada hujung minggu lalu menerima sambutan yang sangat menggalakkan.


Acara itu diadakan di Kedutaan Damai, Petaling Jaya dalam usaha untuk mempromosikan pengesanan awal dan pencegahan penyakit kencing manis, ginjal dan kardiovaskular. Lebih daripada 80 orang awam memeriahkan program itu.

Program bermula dengan siri pemeriksaan kesihatan percuma oleh NKF seperti tekanan darah, indeks jisim badan (BMI), ujian air kencing, random blood glucose and random blood test cholesterol yang membantu para pesakit agar menjaga kesihatannya. Setelah mendapat keputusan ujian, para peserta kemudiannya menerima kaunseling dan nasihat profesional dari NKF.



Selain itu, terdapat juga dua ceramah kesihatan yang mana ceramah pertama berjudul 'Faktor Diabetes, Pencegahan & Risiko' oleh Nikmah Amirah binti Jamal dari NKF manakala ceramah kedua pula berjudul 'Stress Management' oleh Datin Siti Norlela Alwi, Presiden BAKAT, Subang, Tentera Udara Diraja Malaysia.


Kedua-dua penceramah memberi segala tips dan penyelesaian yang sangat menarik dan praktikal dalam menguruskan diabetes dan cara menangani tekanan dalam kehidupan seharian masing-masing.


Sebelum berakhir, turut diadakan sesi latihan Zumba yang menyeronokkan yang diketuai oleh Encik Zin Mon dari Tarian Novem & Kecergasan. Semua peserta menikmati tarian Zumba lebih kurang 40 minit dengan penuh bertenaga dan gembira.

Pastikan anda positifkan minda dengan kata-kata semangat untuk sihat. Inisiatif dari program ini adalah untuk menggalakkan kesedaran tentang kesihatan kepada umum serta memaparkan beberapa gerai dan produk makanan yang sihat kepada umum di mana hasil jualan ini disalurkan kepada WFWP Malaysia dan Dharmashakti Ashram.


Kadangkala, kita merasakan tidak larat dan tidak mampu untuk menghabiskan sesuatu aktiviti sukan. Jangan risau! Sentiasa positifkan diri dan cuba sedaya mampu yang boleh untuk meneruskan aktiviti sukan demi kelangsungan kesihatan yang cemerlang di masa akan datang. Anda mampu mengubahnya.

Jika anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti NKF, anda boleh layari laman sesawang, www.nkf.org.my atau terus hubungi di talian 03 - 7954 9048
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment