Pertama Kalinya Dua Juara Diumumkan! Naqiu dan Hady Mirza Juara Gegar Vaganza 2019

Sumber Photo: www.google.com.my/GegarVaganza2019

Satu kejutan diumumkan pada malam konsert akhir program realiti Gegar Vaganza musim ke-6 (GV6) apabila dinobatkan dua orang juara iaitu Naqiu Boboy dan Hady Mirza.

Diberikan dua tugasan bagi setiap peserta akhir GV6 yang merangkumi nyanyian solo dan 'battle', Naqiu dan Hady Mirza menewaskan empat lagi peserta lain, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, pakej percutian, ubah suai rumah dan ruang tamu beserta trofi.

Manakala Jatt terpaksa akur apabila diumum sebagai pemenang tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi.

Nurfatima merangkul tempat keempat dengan hadiah wang tunai RM20,000 beserta trofi. Dan tempat kelima dan keenam dimenangi One Nation Emcees dan Sham Visa yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Sumber Photo: www.google.com.my/GegarVaganza2019

Dalam persembahan peserta akhir GV6 telah diadili sepenuhnya oleh juri profesional, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang selaku juri tetap manakala juri jemputan ialah pereka fesyen tempatan terkenal, Datuk Rizalman.

Pada malam konsert akhir GV6, Naqiu Boboy atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib mendendangkan lagu Srikandi Cintaku nyanyian asal Bloodshed. Manakala Hady Mirza mendendangkan lagu Ku Bersuara nyanyian asal Ernie Zakri mendapat pujian ketiga-tiga juri. Turut diberi penghayatan mendalam yang diberikan Naqiu dan Hady Mirza dalam segmen 'battle' memukau penonton Dewan MBSA dengan lagunya, Haa Tepok nyanyian asal MeerFly feat MK K-Clique dan Kidd Santhe.

Sumber Photo: www.google.com.my/GegarVaganza2019

Sementara itu, Jatt dengan lagu solonya Without You, nyanyian asal Harry Nilsson, One Nation Emcees mendendangkan lagu Melompat Lebih Tinggi dari Sheila On 7. Dua peserta lagi Nurfatima dan Sham Visa mendendangkan lagu masing-masing Insan, nyanyian asal Yantzen dan Haruskah Diuji, nyanyian asal Farish.

Kemudian, segmen 'battle', Nurfatima bersama One Nation Emcees bergabung mendendangkan lagu In The End dari Linkin Park. Manakala, Jatt dan Sham Visa beradu tenaga menyanyikan lagu Angguk-Angguk Geleng-Geleng dari nyanyian asal Ahli Fiqir.


Merancakkan lagi suasana konsert, Gegar Vaganza 6 dihoskan oleh pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta Gegar Vaganza musim keenam dan peserta akhir yang telah memenangi trofi dan hadiah lumayan.
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment