5 Tarikan Menarik Di New South Wales, Sydney

Bila sebut sahaja Sydney, pastinya yang difikirkan adalah Sydney Opera House yang sangat ikonik. Sydney merupakan destinasi pelancongan Australia yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia kerana terdapat restoran-restoran yang menjual makanan halal. Senang kata, anda tidak akan kelaparan bila berada di sana. 


Kalau anda bercadang nak bercuti ke New South Wales(NSW), Sydney bersama keluarga atau rakan-rakan, ini antara tempat yang anda wajib kunjungi ketika berada di sana. So, jangan lepaskan peluang untuk selitkan semua tempat-tempat ini dalam itenerari anda. 

Road Trips Galore


Satu perjalanan yang sempurna untuk menikmati semua perkara yang perlu dilaksanakan dan melihat bandar NSW yang penuh mengagumkan. Dari perjalanan South Coast sehingga ke Hunter Valley, anda akan dapat melihat safari di sepanjang North Coast jika anda menuju atau ingin meneroka Outback NSW yang menawarkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk anda laksanakan ketika berada di dalam kereta selama seminggu. Anda juga dapat melihat pelbagai aktiviti festival rakyat tempatan, farmer's market dan hiburan yang menghiburkan di sepanjang perjalanan.

Easter Holidays


South Coast yang terletak di Shoalhaven, Eurobodalla dan Sapphire Coast merupakan pantai terkenal oleh pengunjung tempatan mahupun luar negara di mana ia diberi kesempatan untuk berehat dan menerokai pantai dalam suasana yang cukup mendamaikan. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti melihat Ikan lumba-lumba atau Dolphin di Jervis Bay, aktiviti snorkelling di Pulau Montague, mendayung Paddle-Boat di Tathra dan meneroka Killer Whale Trail di Eden. Anda juga boleh merasai pengalaman berada dalam perayaan Sydney Royal Easter Show di mana ia diadakan selama 12 hari dan memaparkan aktiviti menarik seperti pertandingan pertanian, pengalaman bersama haiwan , keseronokan berada di karnival dan membeli-belah yang penuh menggembirakan bersama keluarga.

Autumn leaves and Spring flowers


Cuaca sejuk adalah waktu yang sesuai untuk menuju ke Southern Highlands, Snowy Mountains, Blue Mountains dan Hunter Valley. Anda juga boleh melakukan aktiviti memburu truffle and mushroom di Oberon, memetik buah epal di Batlow atau Bilpin dan merasai detik-detik pengalaman bersama daun-daun gugur di Tumbarumba, Katoomba atau Bowral. Pengunjung yang merancang perjalanan untuk musim bunga berpeluang menikmati festival Jacaranda (pertengahan October-November) di Grafton yang mana sepanjang perjalanan dapat melihat jalan-jalannya yang berubah mekar warna ungu yang indah.

Sydney’s Iconic Events


Bandar pelabuhan yang indah bersinar sepanjang tahun dengan aktiviti yang hebat dan ikonik - mengapa tidak menempah perjalanan ke New South Wales? Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sana ialah:
  1. Vivid Sydney yang diadakan pada bulan Mei di mana anda dapat menyaksikan Festival Cahaya terbesar di Southern Hemisphere.
  2. Pada Oktober - November, anda akan dapat melihat perubahan the city into a hub of creativity dan Sculpture by the Sea, Bondi yang menawarkan Acara Tahunan Terbesar di mana memaparkan arca luaran  sepanjang 2 km bermula dari Bondi Beach. 
  3. Anda yang meminati acara pementasan dan teater juga pasti seronok dapat melihat Disney's Frozen the Musical jika berkunjung pada 7 Julai 2020, di mana Sydney menjadikan bandar pertama di luar North Amerika yang ada menyediakan aktiviti muzikal itu.

Whales


Tiba masanya untuk anda menonton ikan paus yang akan bermula di sepanjang Pantai NSW bermula bulan Mei hingga November ini. Terdapat lebih dari 30,000 jenis ikan paus akan membuat perjalanan di sepanjang Humpback Highway dan anda boleh menyaksikan pertunjukan hebat itu dari lifftops, beaches and cruises. Di Pelabuhan Coffs, anda juga boleh berenang bersama ikan paus dengan Jetty Dive, sementara di Port Macquarie, Port Jet anda boleh berjemur di laut terbuka di bawah terik mentari selama 10 minit. Further South di Batemans Bay, anda juga boleh menyertai Region X atau Bay and Beyond untuk aktiviti Kayak dan di Pulau Broulee pula anda boleh menikmati pemandangan  laut 360 darjah. Di Eden pula anda boleh meraikan Festival Whale Eden yang dilaksanakan setiap tahun pada bulan November.

Excited tak anda nak berkunjung ke New South Wales, Sydney, Australia bersama keluarga tersayang? Inilah beberapa tempat menarik di New South Wales jika anda ingin berkunjung ke sini. Kami doakan semoga percutian anda ke Sydney, New South Wales berjalan lancar dan akan menjadi kenangan terindah buat anda sekeluarga mahupun rakan-rakan. 

Admin:
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

1 comments: