Memperkasa Industri Pertanian dan Pelancongan Melalui Kerjasama Malaysia, Brunei dan China

Setelah sekian lama menanti, akhirnya kerjasama dalam membangunkan ekonomi serta berkongsi teknologi yang berpotensi untuk kegunaan peladang dimeterai dalam satu perjanjian MoU antara Malaysia, Brunei dan China bersempena mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020) dalam bentuk agrotourism dalam industri pertanian di Mini Auditorium, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) pada 09 Januari lalu. 


Perjanjian terbabit turut disaksikan oleh ADUN Taman Medan, Y.B. Tuan Syamsul Firdaus bin Mohamed Supri. Turut hadir, Pengerusi Pertubuhan EDMO, Ariff Fadli bin Abd Wahab, Belia Berpadi Pusat Pembangunan Belia Brunei, Hairinshah bin Tahirudin serta Dong Bin dari Guangxi Huanxi Agricultural Development Co. Ltd.

Teknologi GENKiMO merupakan Booster atau Supplement kepada semua fertilizer yang mampu melahirkan usahawan tani yang berinovasi demi kesejahteraan ekonomi rakyat dan negara. GENKiMO bukanlah baja, malah ia memberi nilai tambah kepada industri baja yang sedia ada di pasaran di samping memberi kebaikan dan manfaat untuk rakyat dalam sektor pertanian dan penternakan.

Sektor pelancongan bukan sahaja menumpukan kedatangan pelancong, malah amat dialu-alukan juga kemasukan industri pertanian dalam meningkatkan ekonomi negara serta menerima teknologi baharu untuk dimanfaatkan oleh usahawan tani, peladang dan penternak.


GENKiMO memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi rakyat dalam industri pertanian dan asas tani. Ia meliputi menambahbaik kualiti, tanah dapat dikawal dalam penggunaan baja, mengawal serangan serangga dan mengawal kos dalam pertanian dan penternakan. GENKiMO merupakan satu produk yang akan membantu pertanian semakin maju dan keseimbangan dalam penggunaan baja secara terkawal. 

GENKiMO juga merupakan produk probiotik yang mengandungi mikroorganisma hidup yang terdiri daripada bakteria kecil satu sel. Ini termasuk lactobacillus, yis dan bakteria fotosintetik, yang kini produk berkenaan berjaya dikomersialkan setelah memenangi pelbagai anugerah di dalam serta luar negara seperti di Pingat Emas semasa Pameran BioMalaysia 2008 dan Pingat Perak semasa SITF 2009 di Seoul, Korea Selatan.


GENKiMO dihasilkan melalui proses penapaian dan pemencilan secara semulajadi yang menggunakan 100 peratus bahan organik tempatan. Teknologi GENKiMO menggunakan hanya tumbuhan dan mikrob serta boleh diklasifikasikan sebagai produk halal. Menggunakan bakteria berfaedah, enzim dan asid organik, GENKiMO dapat membantu meningkatkan kesihatan dalam ternakan, kualiti persekitaran, daya tumbesaran pada tumbuhan serta ketahanan terhadap penyakit.

Oleh yang demikian, pertanian hari ini merupakan satu sumber ekonomi dalam perniagaan yang lumayan dan mendapat permintaan tinggi. Kaedah yang sistematik dan disiplin serta ilmu perlu diterap supaya perniagaan pertanian ini dapat dijalankan dengan selamat dan kualiti serta imej pertanian terjamin.


Selain itu, penggiat industri pelancongan sedang giat melaksanakan aktiviti-aktiviti pemasaran dan promosi dalam usaha mempromosikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan perniagaan dalam pertanian di mana menyasarkan ketibaan 30 juta pelancong sempena VM 2020 dengan menjana pendapatan RM100 billion daripada industri pelancongan.

Untuk memudahkan kemasukan pelancong dari China dan Brunei yang merupakan dua pasaran teknologi yang kian pesat itu, Malaysia telah menyediakan Visa Sebaik Tiba (VOA) yang telah diperluaskan di 13 pintu masuk di Malaysia. 


Di samping itu, turut menyaksikan juga SWA TV dilantik sebagai rakan media strategik rasmi bagi program-program yang akan dilaksanakan. Perjanjian MoU ditandatangani oleh CEO, Azmi Jaffri bersama Pertubuhan Pengurusan Pembangunan Ekonomi (EDMO) dan IBN Corporation.
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment