Warna-Warna Suara Jadi Tema Anugerah Juara Lagu 34

Sekali lagi untuk tahun ketiga berturut-turut, Portal Propa Rangers diberi peluang untuk bersama dalam anugerah yang penuh berprestij saban tahun iaitu Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34). Kali ini, demi permulaan dekad dan tahun baharu, TV3 membuka langkah 2020 dengan semangat yang baharu di mana akan menampilkan tema "Warna-Warna Suara" pada hari Ahad, 9 Februari 2020


Seperti tahun lalu, AJL34 akan bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada pukul 9.00 malam. Di malam itu nanti, AJL34 akan memulakan kehangatannya dengan Karpet Merah secara HD Live Streaming di laman tonton pada pukul 8.00 malam atau pada pukul 8.30 malam di TV9.

Sudah semestinya pada malam AJL34 itu, 12 finalis yang telah dikenalpasti akan berentap demi gelaran Juara Lagu 34 yang turut ditemani oleh Haziq Hussni, Sherry Al Hadad dan Awal Ashaari selaku hos dalam acara gilang-gemilang itu.



Tajuk Lagu
Penyanyi
Komposer
Penulis Lirik
Drama
Drama Band
Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib
Ku Bersuara
Ernie Zakri
Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham
Anta Permana
Bob Yusof
Hael Husaini, Ezra Kong
Sumpah
Aina Abdul
Lembah Kesepian
Haqiem Rusli
Haqiem Rusli, Ibnu & Gouffran
Sumpah
Naim Daniel
Naim Daniel & Omar K
Naim Daniel
Peneman
Hazama The Penglipurlara
Tam
Dinda
Kugiran Masdo
Ali Sariah
Bangun
Aman RA
Navigator
Aman RA
Kisah Cinta Kita
Hafiz Suip
Ikhwan Fatanna, Ayden Ali
Datuk A. Aida
Ragaman
Fairuz Misran
Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo
Faizal Tahir, Jaare, Karim Karam, Mike Chan
Rampas
Akim & The Majistret
Hang Nadim, Laq
Bunga Cantik

Penjualan Tiket AJL 34

Seperti tahun lalu juga, AJL34 akan menjual tiketnya melalui laman web https://myticket.asia/ dengan harga serendah RM30 bermula 9 Januari 2020. Para peminat AJL34 boleh mendapatkan tiket AJL34 mengikut aras tempat duduk yang dikehendaki iaitu Arena (RM60), Aras 3 (RM40) dan Aras 4 (RM30).


Selain itu, peminat tegar AJL34 turut berpeluang bertemu selebriti pujaan mereka sebelum tiba AJL34 di sebuah acara kolaborasi bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Showcase Anugerah Juara Lagu 34 yang akan berlangsung pada hari Sabtu, 18 Januari 2020 di Panggung Anniversari Taman Botani, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti disediakan bersama kesemua finalis AJL34 dari jam 5.00 petang hingga 10.00 malam. Antaranya persembahan khas dari para finalis, kemunculan maskot Ejen Ali dan Alif & Sofia, serta penjualan tiket AJL34.

Istimewanya pembelian tiket di Showcase AJL34 ini adalah setiap pembelian tiket akan disertakan dengan sebuah hadiah misteri.


AJL34 mendapat sokongan McDonald's selaku penaja utama yang akan "Meriahkan Juara Lagu sambil menikmati Hidangan Famili Mekdi" dan juga rakan penaja Aplikasi Setel, aplikasi e-pembayaran petrol pertama di Malaysia. Kini boleh didapati di semua stesen PETRONAS di Lembah Klang. AJL34 juga turut disokong oleh radio rasmi, Hot FM dan para rakan digital seperti Xtra, Senang Terhibur dan Oh Bulan!

Jangan ketinggalan untuk merasai kehangatan Anugerah Juara Lagu 34 secara langsung di Stadium Axiata, Bukit Jalil dengan mendapatkan tiket AJL34 di myticket.asia sebelum kehabisan tiket. Buat para peminat yang tidak berkesempatan untuk hadir ke stadium, anda boleh juga menonton AJL34 melalui strim langsung HD di laman tonton. Gunakan tanda pagar #AJL34 di laman media sosial untuk hangatkan lagi perbualan di alam maya.

Jangan lupa juga untuk saksikan HIGHLIGHT FINALIS AJL34 di Channel Propa Rangers TV, https://www.youtube.com/c/proparangers.
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment