Nikmati Makanan Tradisi Dengan Hanya RM1 Di Karnival Satu Ringgit Satu Rasa


Wah!! RM1 jer? Semua makanan dijual dengan hanya RM1 sahaja. Macam tak percaya je kan di zaman sekarang ni masih ada jualan RM1 untuk makanan dan minuman. 

Ya betul! Karnival Satu Ringgit Satu Rasa adalah satu inisiatif bagi mempromosi serta mempopularkan makanan tradisi rakyat Malaysia. Karnival ini melibatkan lebih 100 menu makanan dan kuih tradisi Malaysia.


Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur telah dipilih sebagai lokasi pertama serta pelancaran bagi karnival yang akan menjelajah di semua bandar-bandar utama di negeri-negeri di Malaysia. MaTiC dipilih kerana kompleks ini adalah lokasi popular tumpuan pelancong tempatan dan luar negara yang sentiasa dikunjungi. Pemilihan MaTiC adalah tepat berikutan penganjuran acara berkaitan makanan yang dianjurkan terdahulu telah mendapat sambutan diluar jangkaan. 


Pengunjung dan pelancong akan turut merasai makanan tradisi Malaysia seperti Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Satay, Roti Canai, Nasi Lemak, Laksa, serta menikmati kesegaran minuman buah-buahan Malaysia seperti Mangga, Jambu Batu, Tembikai dan Nanas dengan hanya satu ringgit sahaja bagi setiap makanan yang dipilih.  

Manakala, minuman popular Teh Tarik serta minuman jus buah-buahan campuran yang segar akan diperkenalkan kepada pelancong sambil mencuba untuk merasai pengalaman menarik Teh seperti yang selalu dibuat apabila kita memesan minuman Teh Tarik di restoran-restoran atau kedai makan. 

Makanan dan minuman ni semuanya boleh didapati dengan hanya RM1 sahaja. Huisshhh... Dah murah sangat dah tu! Rugi kalau siapa tak join!


Bukan itu sahaja. Terdapat pelbagai aktiviti yang akan diatur bagi memeriahkan acara Satu Ringgit Satu Rasa. Antaranya ialah pertandingan menarik Teh (Teh Tarik), mengubah buah-buahan, mengupas nenas serta beberapa demonstrasi masakan tradisi. Pengunjung juga akan dihidangkan dengan satu persembahan muzik tradisional bagi mengisi ruang persembahan sambil menikmati makanan.

Bagi memberi mood dan rasa kemeriahan, acara ini akan dihiasi dengan dekorasi menarik melalui penggunaan buluh, prop serta peralatan tradisi yang akan memberi satu suasana seolah-olah berada di kawasan perkampungan dan dalam kebun atau dusun buah-buahan melalui rimbunan pokok-pokok hijau yang diletakan di setiap kawasan persekitaran.


Apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang ini dengan turut serta dalam memeriahkan karnival Satu Ringgit Satu Rasa yang akan berlangsung pada

Tarikh | 27 Februari - 1 Mac 2020

Lokasi | Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)

Masa | 10.00 pagi - 10.00 malam

Penyertaan Makanan
Pengusaha Restoran Makanan Tradisi
Bahagian Segar, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

2 comments: