Starbucks Keluarkan Minuman Lemon Meringue Latte Yang Diilhamkan Kepada Malaysia

Starbucks yang terkenal dengan aroma kopi yang lazat dan reka bentuk kedai yang ikonik, memberi peluang istimewa kepada peminatnya musim bunga (Spring Season) ini dengan membawakan rasa baru dan berani melalui penambahan buah-buahan jeruk dalam persembahannya yang terkini. 

Minuman Starbucks® Lemon Meringue Latte dan Starbucks® Hazelnut Cold Foam Iced Espresso with Coffee Jelly telah siap sedia untuk memberikan rasa pengalaman sensorial dalam bentuk tekstur, lapisan dan gabungan yang unik. 


Bagi peminat Water Bottle dan Tumbler, anda juga boleh dapatkan Koleksi Merchandise Spring yang merupakan antara produk tumpuan kerana reka bentuknya yang ikonik dan menarik. Koleksi Merchandise memaparkan botol minuman dan koleksi dalam pelbagai warna merah jambu dan ungu yang dihiasi dengan penuh bunga-bunga yang berkembang mekar.

Ya! Koleksi Merchandise Spring menggambarkan bunga ceri penuh mekar dan juga terdapat Spring Seasonal Starbucks Card yang tidak mahu ketinggalan dengan reka bentuk Cherry Blossom yang indah.


Selain itu, Starbucks Malaysia juga memperkenalkan pilihan Whole Bean Coffee yang baru. Diperkenalkan buat pertama kalinya di Malaysia, Single Origin Sulawesi Toraja adalah kopi elegan dan pekat. Setiap sisipan kopi dipenuhi dengan rasa Black Sesame bersama Marshmallow yang dipanggang. Kemudian, kembali dengan permintaan paling hangat, Starbucks Season Spring Blend meraikan kembali pembaharuan.

 

Boleh didapati di semua kedai di seluruh negara bermula 25 Februari 2020Starbucks® Lemon Meringue Latte dan Starbucks® Hazelnut Cold Foam Iced Espresso with Coffee Jelly dijual dengan harga RM17.50. Paling mencuri tumpuan adalah Koleksi Merchandise Spring yang dijual pada harga RM48 setiap satu.

Manakala, Single Origin Sulawesi Toraja dan Starbucks Season Spring Blend Whole Bean Coffee pula berharga RM45 dan RM40. Untuk Kad Starbucks boleh didapati dari 3 Mac 2020 dengan pengaktifan minimum RM30.

Promosi minuman musim bunga ini bermula dari 25 Februari hingga 13 April 2020

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Starbucks Malaysia di bawah

Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment