Sumpah - Naim Daniel Juara AJL34


Bergema pentas Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL34) yang bersiaran langsung di TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil apabila lagu "Sumpah" nyanyian Naim Daniel dinobatkan sebagai juara. 




Membawa pulang trofi dan wang tunai sejumlah RM50,000 dan tambahan hadiah dari voucher CJ Wow Shop bernilai RM10,000, Naim rasa bersyukur dan kemenangan itu patut diberikan pada Ibu dan Ayahnya.

Naib juara AJL34 menjadi milik lagu ciptaan Navigator dan Aman Ra yang dinyanyikan sendiri oleh Aman Ra. Beliau berjaya membawa pulang trofi dan wang tunai RM35,0000 berserta voucher CJ Wow Shop bernilai RM5,000.

Diikuti lagu Anta Permana hasil ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong, nyanyian merdu dari Bob Yusof dan penampilan khas Datuk Seri Siti Nurhaliza mendapat tempat ketiga. Kemenangan itu melayakkan mereka menggondol trofi dan wang tunai RM20,000 berserta voucher CJ Wow Shop RM3,000.

Seperti yang kita tahu, Hafiz Suip yang sememangnya mempunyai vokal suara yang mantap dan luar biasa berjaya membawa tuah bakatnya apabila diumumkan pemenang trofi Vokal dan Persembahan Terbaik dan wang tunai RM12,000 dan RM10,000 berserta voucher CJ Wow Shop RM2,000. 


Persembahan 12 finalis AJL34 diadili oleh 10 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik seperti  Azmeer, Edrie Hashim, Datuk Wah Idris, Altimet, Helen Yap, Datuk Mokhzani, Sharon Paul, Aznul Haidi, Cat Farish dan Ajai selaku ketua juri. 

Lagu lain yang turut bertanding adalah
  • Drama - Drama Band
  • Ku Bersuara - Ernie Zakri
  • Kisah Cinta Kita - Hafiz Suip
  • Ragaman - Fairuz Misran
  • Rampas - Akim & The Majistret
  • Dinda - Kugiran Masdo
  • Peneman - Hazama
  • Lembah Kesepian - Haqiem Rusli
  • Sumpah - Aina Abdul

Selain itu, lagu Lembah Kesepian nyanyian Haqiem Rusli telah memenangi Anugerah Pilihan Peminat Setel pada undian dalam aplikasi Setel.

Menggandingkan hos yang mantap dan penuh bertenaga iaitu Awal Ashaari, Sherry Al Hadad dan Haziq Husni memeriahkan lagi suasana AJL 34 malam itu.

Lebih mengejutkan lagi, penampilan istimewa karya hebat komposer dan penyanyi terkenal, Datuk M. Nasir yang telah disampaikan oleh Ameng Spring, Fredo, Datuk Hattan, Datuk David Arumugam dan M.Nasir sendiri.
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

2 comments: