Blogger LeYa FaiZoL Inspirasi Dalam Perniagaan

Wartawan : Zarith Sofea

Anda belum kenal dengan nama LeYa FaiZoL atau LF. Namun, pasti ramai dalam kalangan blogger mahupun media online kenal dengan jenama LF. LeYa FaiZoL adalah pasangan suami isteri yang sedang meningkat naik dengan jenamanya iaitu LF Production dan Propa Rangers Entertainment.


LeYa FaiZoL yang mempunyai ramai pengikut di blognya, kini memiliki butik online LF Outlet & Collections yang mula diperkenalkan pada tahun 2018 dan mendapat sambutan baik awal 2020 ini. Lagi-lagi sekarang ini nak menjelang Raya dan fesyen menjadi nadi kepada semua untuk tampil bergaya.


Era 2008 lagi LeYa dah memulakan minatnya dalam menulis di blog. Kemudian, perkenalannya dengan FaiZoL memulakan langkah seterusnya lebih ke hadapan dengan memiliki blog kedua oleh FaiZoL.

LeYa FaiZoL antara blogger yang menjadi inspirasi dalam kalangan remaja dan penulis sendiri untuk mengikut jejak langkah menjadi blogger berjaya. Malah, hari ini memiliki butik online tersendiri. Memang awesome dan hebat!

 

Lebih 200 Jenama Tempatan Bawah LF Outlet & Collections

Sejak 2018, LF Outlet & Collections sudah mempunyai lebih kurang 200 jenama tempatan dari koleksi pakaian wanita, kurta dan baju Melayu lelaki, kanak-kanak perempuan & lelaki, handbeg dan banyak lagi.

 

Bagaimana LeYa FaiZoL Boleh Berjaya?

Ini bukan masalah bagus tidak bagus seseorang itu. Bagi Admin, semua yang dilahirkan di dunia ini mempunyai kelebihan dan kepakaran tersendiri. Cumanya, Admin merasakan yang latar belakang pendidikan mereka iaitu LeYa dalam jurusan Sains Komputer (Pembangunan Perisian) dan FaiZoL dalam bidang Pengurusan Perniagaan menjeadikan mereka saling melengkapi untuk menguruskan perniagaannya secara online mahupun offline.

Lagi-lagi mendapat sokongan keluarga terdekat untuk berniaga.


Semoga kita semua mendapat inspirasi dari perkongsian menarik ini.

Raya dah dekat? Tailor tak terima tempahan lagi? Apa kata jom shopping bersama LF Outlet & Collections. Maklumat lanjut :

Facebook

Instagram
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

1 comments: