Miliki Rumah Mampu Milik Di Bandar Baru Setia Awan Perdana, Manjung, Perak

Rakyat Malaysia terutama penduduk negeri Perak tidak perlu merungut lagi mengenai isu pemilikan rumah.


Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP) dijangka menjadi nadi baharu di daerah Manjung/Sitiawan yang mana meliputi ciri-ciri pembangunan terancang dan terdapat pelbagai kemudahan infrastruktur dan komersial.

Kawasannya yang berkeluasan 1,012 ekar mengambil masa 15 minit perjalanan dari bandar Manjung/Setiawan dan terletak kira-kira 4km jauhnya dari Lebuhraya Pantai Barat (WCE). Lebuhraya ini dijangka siap pada tahun 2022 dan warga ibu negara hanya akan mengambil masa lebih kurang 90 minit dari Kuala Lumpur.


Antara tarikan BBSAP yang menjadi perhatian kepada pembeli rumah adalah aspek kemudahan yang terdapat di sekeliling kawasan perumahan tersebut termasuklah kolam renang bertaraf Olimpik, lapangan golf, taman permainan kanak-kanak, dewan badminton, gelanggang futsal, padang bola, sekolah, masjid, laluan jogging dan basikal serta taman hijau.

Terdapat lima fasa bagi setiap pembangunan perumahan mampu milik yang mana kira-kira 10,500 unit rumah lot yang terdiri daripada model Semi-D dan teres. Harga bagi seunit rumah teres bernilai RM135,000 manakala semi-D pula dijual pada harga bermula RM188,000.


Dalam pada itu, BBSAP juga merupakan laluan penghubung yang boleh diakses oleh pelancong dari luar negeri Perak ke kawasan pelancongan popular seperti Pulau Pangkor dan Teluk Batik.

Jadi, jika anda berkeinginan untuk memiliki rumah kediaman yang kompetitif dengan kualiti senibina rumah yang tinggi, BBSAP mampu memenuhi keperluan rakyat Malaysia. Rata-rata pembeli rumah BBSAP terdiri daripada 70% bangsa Melayu, kakitangan awam dan pasangan yang baharu berkahwin yang membeli rumah buat kali pertama.


Maklumat lanjut, boleh layari

Facebook


Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

1 comments:

  1. rumah kat Manjung ni masih murah lagi tuu...rasa mau pujuk en suami jom pindah Manjung heee

    ReplyDelete