Nikmati Suasana Alam Fantasi Di Fairy Tales Cafe, Genting Highlands

Wartawan & Jurufoto | Rahimah Zainal (https://hellenkiller-timetorest.blogspot.com/)

Memang tak sah cafe-hoping jika anda bertandang ke Genting Highlands. Bukan sahaja hidangan yang lazat dan menyelerakan, malah suasana cafe juga sangat cantik bagaikan di alam kayangan Fairy Tales. So, insyaAllah tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan semuanya kembali seperti biasa, boleh update bucketlist anda tau!


Nikmati Suasana Alam Fantasi Di Fairy Tales Cafe

Kafe ini adalah sebuah kafe yang sangat menarik perhatian dengan rekaan yang dipenuhi dekorasi bunga-bunganya berwarna-warni seperti berada di negeri dogeng. Kafe ini juga mempunyai susun atur kerusi meja dan bunga-bungaan yang mencetuskan rasa dan ketenangan di alam fantasi nan indah ketika pengunjung sedang menikmati hidangan yang lazat.

Nikmati pelbagai menu dan tiga pilihan Set Hi-Tea yang ada di situ. Antara 3 pilihan itu adalah Sweet, Savory atau Mixed (sweet+savoury)


Yang menjadikan kafe ini hangat sebagai pilihan ramai adalah kerana suasananya yang nyaman dan angin sejuk di kawasan terbuka di Genting Highlands ini. Pasti mengasyikkan dan mempesonakan! Apabila suhu semakin sejuk, mucul pula kabus yang akan meliputi suasana minum petang yang menenangkan di cafe ini. 

Bagi anda yang bercadang untuk datang ke kafe ini, anda juga boleh menginap atau berkunjung ke Grand Ion Delemen, Gloria Residences atau G Luxe oleh Gloria. Dan, nikmatilah Set Hi Tea dengan penuh rasa nyaman dan segar di Fairy Tales Cafe.

 

Berkaitan dengan lokasinya, kafe ini terletak di tingkat 7, Hotel Grand Ion Delemen bersebelahan dengan Sky Garden Water View. Kafe ini mempunyai lanskap yang sangat elegan dan menaikkan mood minum petang anda, lebih-lebih lagi pada anda yang gemar mengambil gambar dan berswafoto.
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment