Unifi Mobile Nikmati 999GB Data Hotspot Sepanjang Tempoh PKP

Menerusi pembentangan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin oleh Perdana Menteri pada 27 Mac lalu, antara salah satu perkara yang diumumkan adalah Internet Percuma 1GB setiap hari sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Dalam kenyataan media, terdapat enam syarikat telekomunikasi iaitu Celcom Axiata Berhad (Celcom), Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi), Maxis Berhad (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan TIME dotcom Berhad (TIME).

INTERNET PERCUMA BAGI SEMUA PELANGGAN

Semua pelanggan Pascabayar dan Prabayar Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile akan menerima Internet percuma berkelajuan tinggi sebanyak 1GB setiap hari yang hanya digunakan antara pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. 

Bagi TM dan TIME pula akan menyokong pengendali mudah alih di atas dengan menyediakan kapasiti gentian optik tambahan bagi memenuhi permintaan penggunaan yang lebih tinggi waktu itu.

Nampaknya Nasib Makcik Kiah Terbela Dengan Adanya Pelan Internet Percuma 1GB 1Hari Ni...


Pascabayar Unifi Mobile Nikmati 999GB Data Hotspot Sepanjang Tempoh PKP

Pengguna pascabayar Unifi Mobile kini boleh berkongsi data tanpa had mereka dengan lebih banyak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Setelah mengumumkan pengguna prabayar menikmati pas BEBAS Weekly percuma, kini TM turut mengumumkan kuota hotspot 999GB untuk pengguna pascabayar.

Pengguna akan menikmati kuota hotspot 999GB ini dari 19 hingga 14 April 2020. Pengguna juga tidak perlu memohon untuk menerima hotspot 999GB ini kerana akan diberikan secara automatik. Yang penting, kuota hotspot 999GB ini hanya boleh digunakan dengan sambungan 4G LTE sahaja. Tidak terpakai untuk rangkaian 2G dan 3G.

Pelan pascabayar yang dapat menikmati promosi ini ialah:
  • Unifi Mobile 99 RM59 (dengan kontrak 12 bulan)
  • Unifi Mobile 99
  • Webe RM79
  • Unifi Mobile Pek Jasa/Senior Citizen
  • Unifi Mobile Biz 99
  • Unifi Mobile Biz 79


Dengan pemberian kuota 999GB ini, ia menyerupai 100x lebih banyak dari kuota biasa 10GB untuk pelan Unifi Mobile 99. Kebiasaannya, jika pengguna ingin menambah data hotspot, pengguna perlu membayar RM8 untuk 500MB atau RM15 untuk 1GB. 

Jadi, duduk di rumah tu boleh lah gunakan Internet untuk pelbagai aktiviti bersama keluarga.
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

2 comments:

  1. saya la tu pengguna unifi mobile...hari tu terkejut tengok kuota 999.0 GB..ingatkan salah ke ape, bukak la FB unifi, rupanya diorang memang bagi sempena PKP

    ReplyDelete
  2. wahh untung pengguna unifi mobile ni..

    ReplyDelete