26 Individu Ditahan Ingkar PKP Hadiri Upacara Pengebumian Rakan


SHAH ALAM, 17 April - Seramai 26 individu lelaki warga tempatan ditahan polis di Taman Intan, Kapar kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menghadiri upacara pengebumian seorang rakan mereka yang meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2.00 petang itu, pihaknya menerima maklumat mengenai upacara itu yang dihadiri seramai 50 orang individu.
"Kumpulan terbabit telah diberi amaran berkali-kali supaya bersurai dan tidak berarak selaras dengan PKP namun terdapat beberapa orang masih berdegil. Disebabkan mereka ingkar, 26 lelaki berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun ditahan di sekitar lokasi itu."
"Siasatan mendapati si mati, seorang remaja lelaki berumur 17 tahun dan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada Rabu kerana terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Namun, tiada laporan mengenai kejadian itu diterima setakat ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Tambah Nurulhuda, bapa kepada remaja yang meninggal dunia itu berumur lingkungan 40 tahun turut ditahan kerana menganjurkan majlis mempunyai unsur gangsterisme.

Katanya, kesemua lelaki itu direman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 269 dan 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 serta Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sumber: BERNAMA
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

1 comments: