Budak Tebing Raih 10 Juta Tontonan! Giliran 'The Gadis' Tawan Slot Lestary

Mencatat rekod, drama bersiri 'Budak Tebing' yang telah mengambil pendekatan masalah sosial dalam kalangan remaja mendapat perhatian dan ikutan ramai sejak disiarkan. Drama bersiri ini yang berakhir pada 9 April 2020 mencecah 5 juta penonton dan secara keseluruhan Budak Tebing berjaya meraih 10 juta penonton sepanjang siaran 13 episod di slot Lestary TV3! Manakala, di platform online pula, drama ini telah melebihi 9 juta jumlah tontonan digital di Youtube TV3Malaysia dan Drama Sangat (Sumber: Nielsen dan Youtube Insights).


Budak Tebing yang dilakonkan oleh Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Fariz Isqandar dan Firdaus Ghufran menyaksikan Arif (Adam Lee) dan Tongki (Aedy Ashraf) berjaya meleraikan salah faham mereka dan menjalin semula talian persahabatan. Malahan mereka juga membantu pihak berkuasa menumpaskan kegiatan jahat Broger (Syazwan Zulkifly), seterusnya melenyapkan kegiatan haram yang mencemarkan tebing, tempat kegemaran mereka.



Aku Ingin Bebas, itulah keinginan seorang gadis kampung yang ingin mengubah kehidupannya dengan mencari rezeki di bandar. Malangnya, dia terlalu naif dan termakan pujukan rakan sekampungnya yang akhirnya memakan diri.

Menyusuli Budak Tebing, drama bersiri The Gadis terbitan Mermaid Studios arahan Liyana Jasmay pula 'mengganas' di slot Lestary bermula 10 April 2020. Mengangkat tema keruntuhan akhlak remaja yang inginkan kemewahan dan masalah keluarga, drama ini mempunyai 7 episod dan menampilkan pelakon-pelakon seperti Yuna Rahim, Fatin Afeefa, Erynne Erynna, Hun Haqeem dan Syafie Naswip.

Sinopsis The Gadis

Lisa (Yuna Rahim) merupakan seorang gadis kampung yang bijak dan bakal menghadapi SPM tidak lama lagi. Lisa tekun belajar kerana ingin mendapatkan biasiswa bernilai RM20,000 dari sekolahnya. Namun, segalanya berubah apabila Lisa bertemu sahabat lamanya, Nad (Fatin Afeefa).

Nad pulang ke kampung untuk menjaga neneknya yang sakit. Lisa teruja melihat perubahan drastik Nad. Dia kelihatan lebih cantik, pakaian yang dipakai kesemuanya berjenama bahkan Nad juga memandu kereta mewah. Lina (Erynne Erynna), kakak kepada Lisa tidak gemar dengan kepulangan Nad. Mereka sebaya dan pernah berkawan baik. Lina memberi amaran supaya Lisa tidak rapat dengan Nad, kerana Lina tahu serba sedikit tentang kisah Nad.


Dalam diam, Nad mengajar Lisa mendapatkan wang mudah setelah mengetahui Lisa sedang mengumpul wang biasiswa dan kelihatan teruja melihat kehidupannya yang mewah. Tanpa pengetahuan Lina, Lisa mengikuti Nad dan Mika (Hun Haqeem) ke bandar untuk mengubah kehidupannya. Nad memberitahu Lisa bahawa dia hanya perlu melayan lelaki melalui panggilan telefon dan keluar bersama untuk mendapatkan wang yang banyak. Lisa pada mulanya tidak selesa namun lama kelamaan Lisa hanyut dengan habuan yang dinikmati.

Kesenangan yang dikecapi tidak lama. Lisa dikurung dan dikawal ketat oleh Mika dan Nad setelah dia enggan melakukan pekerjaan yang disuruh oleh mereka. Setiap pergerakan Lisa diawasi. Lisa tidak selesa dan merindui kehidupannya di kampung. Dalam diam, Lisa dan Nad akhirnya bergabung dan memikirkan helah supaya mereka dapat membebaskan diri daripada Mika yang semakin kejam. Mika bukan sahaja mendera emosi bahkan fizikal mereka juga. Wang hasil pekerjaan haram mereka turut dibolot sepenuhnya oleh Mika. Hal ini menimbulkan ketidakpuasan hati buat Lisa dan Nad.


Berjayakah Lisa dan Nad menyelamatkan diri?

Bagaimanakah Lisa berhadapan dengan keluarganya dan mendapatkan keampunan daripada mereka?


Tonton drama The Gadis bersiaran pada setiap Rabu hingga Jumaat pada jam 9.00 malam di slot Lestary.

Tonton Online Drama ' The Gadis' - Full Episode Di Sini!
EPISOD 5
EPISOD 6
EPISOD 7


Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari


Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment