
Hai semua followers Propa Rangers. Hari tu dekat Apak Channel, Apak atau Harry Khalifah ada buat pencarian siapa boleh buat lirik lagu untuk Damia ni. Alhamdulillah... subscriber Afiq Hamid telah menyahut cabaran dan liriknya berjaya dipilih untuk part verse 1 dan 2 manakala Apak pula buat bahagian Chorus.
Tahniah juga buat Afiq yang memenangi sagu hati RM300 dari Apak. Liriknya terbaik sekali. Jom hayati lirik lagu Pasrah nyanyian Damia ini.
Tajuk : Pasrah
Penyanyi : Damia
Lagu : Harry Khalifah
Lirik : Afiq Hamid
Tajuk : Pasrah
Penyanyi : Damia
Lagu : Harry Khalifah
Lirik : Afiq Hamid
Berapa lama harusku menderita
Sedangkan engkau disirami bahagia
Sukarnya untukmu setia padaku
Mudahnya engkau melupakan semua
Semua janji waktu kita bersama
Tibalah masanya aku mengalah
Puisi indah kini tinggal kenangan
Ikatan cinta yang penuh kedukaan
Sayunya hatiku melepaskanmu
Berat bagiku untuk melupakanmu
Apakan daya takkanku nak merayu
Inilah masanya ku nokhtahkan nya
Aku berserah
Jika ditakdir untuk tidak bersama
Kerana ku mahu dirimu bahagia
Bersama dirinya
Dan aku pasrah
Jika diriku untuk tidak bahagia
Pergilah kau sayangku
Pergilah kau kasihku bersamanya
0 comments:
Post a Comment