Thermomix, Mesin Bernilai RM7,188 Jadi Fobia Buat Para Suami


Baru-baru ini tular di media sosial tentang Thermomix, sebuah mesin mewah yang mampu menyediakan set makanan dalam satu masa yang sama. Dikatakan jika anda tidak tahu memasak sesuatu masakan, anda hanya perlu mencari resipi yang disediakan dan masukkan sahaja bahan-bahannya ke dalam Thermomix dan ia akan memasak untuk anda. 

Berikutan dari tularnya dalam beberapa perkongsian di Facebook dan turut menggunakan mesin ini adalah Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta chef selebriti Anis Nabilah. Jom ikuti sedikit perkongsian dari laman Facebook mereka.


Kita sedia maklum bukan semuanya mahir memasak seperti chef-chef terkenal dan adakalanya kekangan masa juga menghalang seseorang itu untuk masak. Jadi, ramailah para wanita dan ibu-ibu berangan-angan lah untuk memilikinya. Namun, tidak semudah yang disangka bila harga yang ditawarkan bukanlah semua golongan mampu untuk milikinya.

Menurut hasil tinjauan kami, Thermomix ini berharga RM7,188. Bagi yang berkemampuan, anda boleh memilikinya di laman rasmi Thermomix dengan klik Di Sini atau boleh juga beli di Shopee. Boleh juga dapatkan maklumat lengkap di Facebook Thermomix Malaysia.

Adakah anda rasa teringin untuk miliki Thermomix ini? Ikut hati tanya bajet anda!
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment