Tonton Musim Pertama Pilihan HBO Original Secara Percuma Di HBO GO

"Stay Home and Stay Safe". Kenapa tidak hanya tinggal di rumah dan lakukan aktiviti menarik bersama keluarga dengan menonton rancangan kegemaran di TV anda! Apa kata ikuti perkembangan first seasons HBO Originals dan HBO Asia Originals yang menyediakan rancangan secara percuma selama satu bulan bermula 15 April 2020 di HBO GO. Menariknya lagi, anda tidak perlu untuk membuat pendaftaran dan langganan!


Tidak pernah menonton drama seperti 'The Sopranos' dan 'The Wire'? Jadi, apa tunggu lagi? Inilah masanya! Drama yang penuh ikonik dan merupakan award-winning series yang hangat diperkatakan ini boleh ditonton sekarang. Tidak cukup itu. Bagi anda yang inginkan komedi dan santai bersama keluarga, jom tonton komedi hit 'Ballers' yang mana dibintangi para pelakon seperti Dwayne "The Rock" Johnson; 'Barry' bersama Bill Harder; 'Silicon Valley' yang menampilkan Thomas Middleditch dan Kumail Nanjiani serta komedi 'Veep' yang dibintangi Emmy-winner Julia Louis-Dreyfus.


Nak lebih menarik lagi, apa kata untuk tonton 'Folklore', siri antologi seram di mana setiap episodnya berkisahkan cerita rakyat dari Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Singapura dan Thailand. Manakala 'Invisible Stories' menceritakan kisah di sebuah kawasan perumahan yang memiliki kejiranan fiksyen di Singapura yang berbilang budaya.


Tidak ketinggalan 'Miss Sherlock' yang mengisahkan keberanian Sherlock Homes di kehidupan bandar Tokyo yang moden. 'The Teenage Psychic' pula mengisahkan seorang gadis berusia 16 tahun dari Taiwan dengan kemampuan untuk melihat spirits tetapi ingin menjalani kehidupan sekolah menengah khas remaja dan 'The World Between Us', satu lagi siri dari Taiwan yang menyusul selepas melakukan penggambaran secara besar-besaran. 

Bagi peminat dokumentari pula, boleh cuba untuk menonton 'McMillion$' yang mana ia membawa anda selami cara permainan McDonalds Monopoly. 'Jane Fonda In Five Acts' mengisahkan sebuah pemerhatian kepada kehidupan, pekerjaan, aktivisme dan kontroversi para pelakon dan hartawan. 'The Inventor: Out for Blood in Silicon Valley' pula kisah penyiasatan mengenai kenaikan dan kejatuhan berjuta-juta dollar syarikat kesihatan.


Fans in Malaysia boleh mendaftar (sign up) untuk HBO GO melalui Astro dengan hanya memuat turun aplikasi HBO GO dari App Store atau Play Store pada peranti telefon anda atau layari laman https://www.hbogoasia.com/

Aplikasi ini mempunyai fungsi Airplay dan Chromecast yang mana boleh terus menonton di TV anda. Happy Streaming dan Selamat Menonton!

Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment