Tonton Online Drama Budak Tebing - Full Episode

Berakhir sudah episod drama Budak Tebing yang bersiaran di slot Lestary TV3 yang bermula pada 11 Mac 2020 lalu. Dalam drama ni banyak pengajaran dan nilai murni yang kita boleh dapat. Okay... bagi yang tidak berkesempatan menonton, Admin menyusun semula episod-episod penuh dari Episod 1 hingga 13 untuk tontonan anda semua. 


Sinopsis Budak Tebing

Drama terbitan Country & Universal Sdn Bhd arahan Feroz Kader menekankan nilai-nilai persahabatan, persaudaraan, kekeluargaan dan percintaan dalam kehidupan seharian 'budak tebing'.

Drama 'Budak Tebing' mengisahkan tentang Arif yang baru pulang dari menjalani hukuman di Henry Gurney atas kesilapan lampaunya. Dia merupakan anak yang bijak dan menjadi kesayangan ibunya, Aida, manakala adiknya Yoyol menganggap Arif sebagai idola. Semasa kecil, dia dan rakan-rakannya banyak menghabiskan masa di sebuah tebing di kampung sehingga mendapat gelaran 'budak tebing'.

Namun semuanya hanya tinggal kenangan disebabkan peristiwa hitam yang telah berlaku di tebing itu. Kini, Aida membenci Arif yang dianggap telah menconteng arang di mukanya. Arif cuba sedaya upaya untuk menebus balik kesilapan lalu tetapi usaha Arif sia-sia. 'Budak Tebing' turut menggambarkan kehidupan perit yang terpaksa dilalui oleh Munira (Ira) yang dilahirkan tanpa mengetahui identiti bapa sendiri kerana ibunya bekerja sebagai pelacur.

Ira yang baru mengenali ahli di dalam geng 'budak tebing' mula merasakan kehidupan yang lebih baik bersama rakan-rakan dan keluarga angkat yang ikhlas menerimanya. Tanpa geng 'budak tebing' ketahui, Ira sebenarnya menyimpan rahsia besar yang melibatkan Arif, Tongki dan Yoyol. Dapatkah mereka menerima kenyataan perit yang terbuku selama ini? Atau adakah hubungan 'budak tebing' akan retak kerana kesilapan lampau? Saksikan drama ini untuk mendalami lagi kisah 'budak tebing'!

BARISAN PELAKON
Adam Lee - Arif
Eyka Farhana Munira (Ira)
Aedy Ashraf - Tongki (Tengku Bakri)
Bella Dowanna - Laura
Fariz Isqandar - Yoyol (Amirul)
Firdaus Ghufran - Talam
Syazwan Zulkifly - Razlan 
Amyza Aznan - Aida
Alex Afian
Sabrina Ali
Zarina Zainuddin

Tonton Online Drama BUDAK TEBING Di Sini


Di Sebalik Tabir BUDAK TEBING


Selamat Menonton!!!
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment