Lirik Lagu Raya | Suasana Hari Lebaran - Sufian, Aiman, Fieya, Luqman, Yazid, Fara


Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di kesempatan ini, Admin ingin berkongsi sebuah lagu raya baru dari syarikat rakaman Aries Music yang menggabungkan enam orang penyanyi popular yang akan mendendangkan sebuah lagu berjudul "Suasana Hari Lebaran".

Persembahan lagu itu akan dinyanyikan oleh artis daripada Sufian Suhaimi, Aiman Tino, Fara Hazel, Fieya Julia, Luqman Faiz dan Yazid Izaham.

SUASANA HARI LEBARAN

Artis Aries Music : 
Sufian Suhaimi, Aiman Tino, Fara Hezel, Fieya Julia, Luqman Faiz, Yazid Izaham

Ciptaan : S. Atan (Aries Music Production) 
Lirik: Siso Kopratasa (Aries Music Production) 
©️ 2020 Aries Music Sdn Bhd.

Lebaran suci kembali menjelma
Ramadhan pergi meninggalkan kita
Desa dan kota bermandi cahaya
Cahaya mentari pagi lebaran di pagi

Bahagia teman sanak dan saudara
Gembira ayah dan bonda tercinta
Anak cucu sudah di depan mata
Pulang berhari raya

Lebaran mulia menghimpun kita semua
Bertahmid marhaban bersama penuh ceria
Mohon keampunan dan maaf di pagi raya
Moga zahir batin sempurna di hari raya

Selamat selamat selamat
Hari raya
Yang miskin yang kaya semua
Bergembira

Selamat selamat selamat
Hari raya
Semoga lebaran mulia
Bercahaya

Lebaran mulia menghimpun kita semua
Bertahmid marhaban bersama penuh ceria
Mohon keampunan dan maaf di pagi raya
Moga zahir batin sempurna di hari raya

Selamat selamat selamat
Hari raya
Yang miskin yang kaya semua
Bergembira

Selamat selamat selamat
Hari raya
Semoga lebaran mulia
Bercahaya

Selamat selamat selamat
Hari raya
Yang miskin yang kaya semua
Bergembira

Selamat selamat selamat
Hari raya
Semoga lebaran mulia
Bercahaya


Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

0 comments:

Post a Comment