RAYA SEMPOI 2.0.2.0 BERSAMA TOUCH ‘N GO EWALLET KERANA SEMUANYA #LEBIHBANYAKEKSTRA!

Raikan Hari Raya secara tanpa tunai dan tanpa sentuh, selari dengan norma baharu kini bersama Touch ‘n Go eWallet, yang membawakan Raya Sempoi 2.0.2.0. dengan ganjaran yang #lebihbanyakekstra

#lebihbanyakekstra adalah janji Touch ‘n Go eWallet pada tahun 2020 ini untuk memberi ganjaran kepada pengguna melalui lebih banyak nilai dan faedah kerana telah membuat pilihan untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat tanpa tunai di Malaysia. Dengan pilihan barang runcit, peralatan elektronik, makanan, produk kesihatan, tambah nilai telefon mudah alih dan banyak lagi, Raya Sempoi 2.0.2.0 merangkumi semua keperluan utama musim Raya.


Selaku penyokong kerja-kerja amal, Touch ‘n Go eWallet telah mengaktifkan proses pembayaran tanpa tunai yang mudah dan lancar untuk umat Islam di Selangor membayar Zakat Fitrah bersama Zakat Selangor. Sekarang, ianya ‘lebih’ senang untuk menunaikan kewajipan agama di samping membantu rakan Muslim yang lain serta mereka yang kurang bernasib baik. 

Tambahan lagi, pengguna Touch ‘n Go eWallet akan menikmati ‘Banyak’ promosi Raya dan Pulangan Tunai e-Baucar di samping mengetahui bahawa terdapat cara yang ‘Ekstra’ selamat (dan senang) untuk memindahkan dan menerima ‘Duit Raya’ walaupun hanya berada di rumah. 

Ignatius Ong, Ketua Pegawai Eksekutif, TNG Digital Sdn Bhd mengatakan, “Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan yang melambangkan keteguhan, pembaharuan dan semangat kebersamaan. Tahun ini, rakan-rakan Muslim terus menunjukkan kekuatan luar biasa di sebalik ujian dalam masa yang mencabar yang sedang dialami. Oleh itu, kami mahu rakyat Malaysia menikmati pemberian #lebihbanyakekstra Touch 'n Go eWallet yang ditawarkan dengan selamat sambil mendapat lebih banyak penjimatan untuk keperluan Raya mereka. Kami juga berasa rendah hati kerana dapat melakukan perbezaan dari segi pembayaran Zakat Fitrah melalui Zakat Selangor bagi membantu kehidupan mereka yang kurang bernasib baik.


Kami turut gembira dapat bekerjasama dengan eWallet terbesar di Malaysia, Touch‘ n Go eWallet untuk membolehkan Pembayaran Zakat Fitrah. Kami sedar akan keperluan transaksi tanpa tunai terutamanya dalam situasi luar biasa seperti sekarang, dan terdorong untuk meneruskan usaha ini selari dengan dengan kerjasama bersama Touch ‘n Go eWallet  yang membuka ruang digital untuk menunaikan Infak.  Dengan pembayaran zakat lebih mudah dan selamat menggunakan Touch ‘n Go eWallet, kami yakin lebih ramai umat Islam lebih terdorong untuk menunaikan tanggungjawab mereka,” kata Tuan Haji Saipolyazan M Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Selangor.

Disebabkan keperluan transaksi tanpa tunai pada masa kini, ciri Pindahan Duit Raya adalah jawapan terbaik untuk memberi dan menerima ‘Duit Raya’ daripada orang tersayang, pada bila-bila masa, di mana sahaja mereka berada, secara selamat! Selain itu, selepas setiap pindahan ‘Duit Raya’ dilakukan, pengguna boleh menikmati ganjaran pulangan tunai sehingga RM300*!

Tambahan pula, pengguna boleh terus menikmati Pulangan Tunai e-Baucar dengan MyRewards oleh Touch ‘n Go eWallet setiap kali melakukan transaksi menggunakan aplikasi.


Sekarang, dengan begitu banyak kedai serbaneka terkemuka kini berada dalam satu ekosistem, Touch ‘n Go eWallet kini mengalu-alukan Family Mart sebahagian daripada rangkaiannya. Sebagai rakan eWallet tempatan pertama untuk Family Mart di Malaysia, pelbagai promosi menanti para pembeli pada musim Raya ini. 

Mengenai cara baru untuk menyambut Hari Raya, Ong menambah, "Kami dikenali menerusi Video Raya kami yang lain daripada yang lain serta ikonik, pertamanya seperti 'Iklan Raya Paling Touching, 2018' dan ‘Bakal Mertuaku Gengster, 2019' yang masih ditonton sehingga hari ini. Tiada bezanya dengan tahun ini dan selaku peneraju eWallet di negara ini, kami menambah lebih banyak warna dan muzik untuk memetik semangat Raya Sempoi 2.0.2.0. menerusi Dikir Sempoi. Video ini memaparkan ciri popular budaya Melayu iaitu dikir barat yang disatukan dengan rap moden dan memikat oleh pemuzik tempatan dan tentunya, menonjolkan masa depan dunia tanpa tunai! Dengan ini, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Malaysia! Maaf Zahir Batin dan jaga diri.” 


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Touch ‘n Go eWallet Raya Sempoi 2.0.2.0 yang eksklusif dan untuk maklumat mengenai promosi terbaru kami yang tersedia, sila layari:

Laman Web 

Facebook

Instagram
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

1 comments:

  1. hi..cantik blog.. bw here done follow, follow me back :)

    ReplyDelete