Lagu Lama Menyengat Semula! 42 Penyanyi Bakal Berentap Di Pentas Immortal Songs Malaysia

Kita sedia maklum yang rancangan I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga yang diadaptasi dari program realiti popular di Korea Selatan bakal manamatkan programnya tidak lama lagi. Namun, malam hujung minggu korang bakal diserikan pula dengan rancangan baru, Immortal Songs, yang juga merupakan rancangan nyanyian adaptasi dari Korea Selatan yang menggabungkan 42 orang penyanyi tanah air lama dan baru di atas pentas pada setiap minggu selama tujuh episod bermula 30 Ogos 2020.

42 orang penyanyi bakal menyahut cabaran dan menggubah semula lagu ke genre muzik yang lain dari karyawan muzik lagenda. 


Bersiaran selama tujuh episod setiap hari Ahad, bermula 30 Ogos jam 9 malam, Immortal Songs membariskan enam orang penyanyi tempatan dan seorang karyawan muzik lagenda di setiap episod. Keenam-enam penyanyi tersebut dikehendaki untuk mempersembahkan sebuah lagu pilihan mereka (daripada lagu karyawan lagenda episod tersebut) dengan gubahan lagu berbeza. 

Di penghujung setiap persembahan penyanyi tersebut, lapan orang juri akan menilai persembahan mereka mengikut gubahan kegemaran mereka. Markah penyanyi yang diadili juri secara 100% itu akan dijadikan rekod untuk dicabar oleh penyanyi lain. Pemegang rekod tertinggi pada episod tersebut akan dinobatkan sebagai 'susunan lagu terbaik' episod tersebut.


Walau bagaimanapun, para penonton di rumah juga berpeluang untuk mengundi persembahan pilihan mereka melalui laman www.xtra.com.my/immortalsongs pada bila-bila masa antara 9.00 - 10.30 malam iaitu di malam Immortal Songs bersiaran. Farm Fresh akan menghadiahkan enam bulan bekalan susu Farm Fresh kepada badan kebajikan pilihan pemenang artis pilihan penonton. Para penonton hanya berpeluang untuk mengundi sekali dalam satu episod sahaja. Persembahan Pilihan Penonton ini akan diumumkan pada setiap hari Sabtu, minggu berikutnya melalui laman media sosial TV3 Malaysia.


Program ini dihoskan oleh Ain Edruce di pentas utama, serta Amy Mastura dan Fad Bocey di belakang pentas, manakala Ella, Ning Baizura, Datuk Jeffrydin, Datuk Khatijah Ibrahim, Fauziah Latiff, Datuk M. Nasir dan Fauzi Marzuki merupakan karyawan lagenda yang menyertai Immortal Songs ini.

Selain daripada penaja utama, Farm Fresh, Immortal Songs turut mendapat sokongan rakan penaja deodoran Nivea Black & White. Sokongan padu turut diterima daripada rakan digital, xtra.com.my dan Oh! Bulan, serta rakan radio Hot FM.


Adakah anda bersedia untuk melihat kreativiti terunggul penyanyi kegemaran anda? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Immortal Songs, setiap hari Ahad, pada pukul 9 malam bermula 30 Ogos 2020. Siaran ulangan Immortal Songs ini akan ditayangkan di TV9, pada setiap hari Ahad bermula 5 September, pada pukul 9 malam. Info-info Immortal Songs, ‘Lagu Lama Menyengat Semula’ akan dikongsikan melalui rakan digital, xtra.com.my dan Oh! Bulan serta rakan radio Hot FM, juga di laman media sosial rasmi TV3 Malaysia dan Senang Terhibur di Facebook, Instagram dan Twitter. 

Jangan lupa untuk gunakan tanda pagar #ImmortalSongsMY, #Inibarulahsususegar dan #Farmfresh di setiap posting anda bagi menghangatkan lagi perbualan di alam maya.


Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

1 comments: