Persis Dalam 'The Hobbit', Crew Propa Rangers Terokai Hidden Gem Di Kg Jkin Resort, Negeri Sembilan

Kita tahu tarikan utama di Negeri Sembilan adalah Port Dickson. Tapi anda tahu tak Jalan Lama Bukit Putus yang sebelum ini menjadi laluan utama Seremban ke Kuala Pilah mempunyai satu daya tarikan yang sungguh mempesonakan. 

Kampung Jkin Resort ATV Extreme Park yang beroperasi pada tahun 2018 telah mewujudkan perkhidmatan eko-pelancongan di kaki bukit itu. Ia meliputi kawasan seluas 10 ekar. Jom ikuti pengalaman di sebalik kisah Crew Propa Rangers ke sana.


Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kg. Jkin Resort mengambil masa lebih kurang 1 jam. Lari dari hiruk pikuk kotaraya, di sinilah lokasi yang wajib anda singgah untuk menenangkan minda bersama  melakukan aktiviti-aktiviti sihat yang disediakan.

Sebelum melangkah lebih jauh, Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Jefri Ramli ada menerangkan serba sedikit yang terdapat di Kg. Jkin Resort. Di sini, terdapat pelbagai jenis penginapan yang disediakan dengan tawaran harga mampu milik termasuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, iaitu Rumah Pokok, Rumah Hobbit, Asrama dan Chalet.


Katanya lagi, aktiviti yang disediakan juga berpatutan dengan harga. Selain ATV (All Terrain Vehicle), terdapat juga aktiviti lain seperti Buaian Extreme, Flying Fox, Monkey Zip-line, bergambar di 8-Spot tercantik, Hiking, Mountain Bike dan bermain gelongsor di kolam buatan semulajadi.

  


Dan kami pun memulakan pengembaraan merentasi hutan Bukit Putus bagi menerokai kawasan dan belajar mengenai flora dan fauna di situ. Percutian 2 hari 1 malam itu telah membawakan kami mencuba hampir kesemua aktiviti yang ada di situ. Ia memang satu pengalaman baru dan sangat menyeronokkan, di samping sihat dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.



Apabila dah berpenat dan perut mula berkeroncong kelaparan, apa kata anda cuba menikmati hidangan yang terdapat di Dapur Pompuan Chantek. Pelbagai hidangan yang enak ada disediakan di situ lebih-lebih lagi masakan Negeri Sembilan. Kami dah pun menikmatinya. Memang bertambah-tambah semuanya dek kelaparan setelah melakukan banyak aktiviti.

Sumber | Facebook Kg Jkin Resort

Sumber | Facebook Kg Jkin Resort

Ada berita menarik lagi? Bagi menambah nilai-nilai murni pada diri, Kg Jkin Resort turut menyediakan satu lagi program baharu iaitu Kem Motivasi Islam bagi merasai ketenangan pelayaran Islam di dalam hutan.

Semua aktiviti yang ada ini amat mementingkan nilai kekeluargaan dan keselamatan turut disediakan seperti jaket keselamatan, topi keledar dan lain-lain.

Ketika ini rakyat Malaysia disarankan untuk bercuti dalam Malaysia. Jadi, bagi anda yang ingin menikmati pemandangan menghijau dan mendamaikan dengan harga berpatutan, inilah tempat yang harus dikunjungi.

Sebarang tempahan dan maklumat lanjut mengenai Kg Jkin Resort, boleh ikutinya di bawah

Facebook

Instagram

Hubungi / Whatsapp
011 - 2089 3883 / 017 - 883 3674
Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

1 comments:

  1. Wau... terbaik team ropa rangers.. aktiviti2 semua mmg mencabar diri masing2

    ReplyDelete