50 Buah Motorsikal Berkuasa Tinggi Sertai Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020

Sebanyak 50 buah motorsikal berkuasa tinggi dari pasukan Fast Bikes Club dan Reappear MC seluruh Malaysia telah menyertai Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020 bermula 28 Ogos hingga 30 Ogos lalu.

Konvoi anjuran Fast Bikes Club serta Reappear MC dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC) Negeri Melaka bersama Bahagian Promosi Pelancongan Kerajaan Negeri Melaka, Tourism Malaysia dan Polis Diraja Malaysia serta agensi-agensi lain itu diadakan bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2020 sambil mempromosikan tempat-tempat menarik yang ada di negara kita.

Peserta Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020

Peserta konvoi yang diketuai En. Azahar bin Ngah, selaku Pengasas Fast Bikes Club itu dilepaskan oleh YB Dato' Seri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC). Dalam majlis perasmian dan pelepasan itu juga turut diadakan penyerahan jalur gemilang kepada peserta konvoi.

YB Dato' Seri Hajah Nancy Shukri bersama Puan Fadzlaini binti Ibrahim

Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020 telah bergerak melalui tempat-tempat menarik di Melaka seperti 

  • Zoo Melaka & Night Safari, Ayer Keroh
  • Taman Rama-Rama dan Reptilia, Ayer Keroh
  • Taman Mini Malaysia dan Mini ASEAN, Ayer Keroh
  • Kafe Ronggeng, Bukit Baru
  • Chamek Kopitiam, Ayer Keroh
  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara
  • Pusat Konservasi Penyu, Padang Kemunting
  • Melaka Tropical Fruit Farm, Sungai Udang
  • Galeri Demang Abdul Ghani, Merlimau
  • Sungai Kesang (Sungai Viral) di Sungai Rambai
  • Hotel MITC, Ayer Keroh
  • Homestay Kampung Ayer Limau
  • Perkampungan Hang Tuah
Menurut Pengerusi Fast Bikes Club, Puan Fadzlaini binti Ibrahim, program konvoi ini merupakan kali yang ke-3 sejak tahun 2018 bertujuan menyemarakkan semangat kemerdekaan dan kecintaan masyarakat terhadap negara dengan mempromosikan tempat-tempat menarik untuk pelancongan domestik. 

Peserta Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020

Konvoi mengelilingi beberapa lokasi daerah di Melaka secara tidak langsung mampu mengembalikan keyakinan rakyat untuk kembali melancong. Inilah yang diharapkan agar rakyat Malaysia mampu memberi kerjasama dalam menyokong semula aktiviti pelancongan dan menjadikannya satu aktiviti yang selamat dengan mengamalkan norma baharu seperti yang ditetapkan oleh kerajaan. 

Selain itu, ia juga mampu menzahirkan semangat patriotisme dan cinta negara melalui aktiviti pelancongan seperti ini. Namun, dalam masa yang sama, pematuhan SOP yang ditetapkan kerajaan harus dipupuk.

Peserta Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020

Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020 - Day 1

Share on Google Plus

About Propa Rangers

Blog | http://proparangers.blogspot.com/ Facebook | http://www.facebook.com/proparangers

1 comments: